Rabu, 2 Oktober 2013

Ayam Masak Cendawan Butang Berkentang



Ayam  ni simple sangat. Cii Mun terpaksa buat untuk makan anak-anak. Yang penting ianya tak pedas. Anak-anak Cik Mun paling suka makan kentang dan ayam. Cendawan yang sedap tu pulak, Cik Mun dan suami la yang habiskan... Resepinya seperti berikut:


Bahan:

200gm isi ayam (bahagian dada)
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
1 biji kentang sederhana besar
3 ulas bawang putih

Bahan sos/kuah

1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
perasa (optional)-kiub ayam/ajinomoto


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih dan kentang yang dihiris nipis hingga naik bau bawang putih.
  2. Masukkan cendawan butang dan air sebagai kuahnya. Tunggu hingga kentang dan cendawan empuk.
  3. Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan garam. Jangan terlalu banayk garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin.
  4. Akhir sekali, apabila semuanya sudah empuk, barulah masukkan ayam. Lebih kurang 2-3 mnit, angkat dan hidangkan. Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.


Selasa, 1 Oktober 2013

Sup Daging Menyihatkan



Cik Mun rasa malas nak masak sikit hari ni. Feel pulak rasa nak makan benda yang tidak pedas dan tidak berminyak. Apa lagi, masakan yang rebus-rebus sahajalah! Cik Mun masak yang paling simple. Tak payah nak tumis-tumis berbagai. Boleh letak semua bahan dan tinggalkan. Pergi mandi sekejap. Bila dah empuk semua bahan, tinggal perasakan dengan garam saja. Siap dan dah boleh makan. Resepinya adalah seperti di bawah ini.


Bahan-bahan Basah

100gm daging batang pinang
2  ketul kentang
4 inci karot
sedikit bunga kubis
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
1 ulas bawang putih*
3 biji bawang kecil merah*
1/2 inci halia*

Bahan bertanda * diketuk kasar

Bahan Rempah-ratusnya:


1 batang kayu manis (kecil/pendek)
1/2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/4 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis



Cara-cara Memasaknya:
  1. Didihkan air bersama bahan rempah dan semua bahan basah hingga empuk. (Jika mahukan sayur yang rangup, masukkan kemudian sedikit)
  2. Perasakan dengan garam dan hidangkan.
Saiz hidangan untuk 4 orang.


Tips mudah kerja : 
  1. Kalau nak senang gantikan semuanya bahan rempah ratus dengan sup bunjut. 
  2. Potong daging bertentangan dengan arah urat. Ini akan membuatkannya mudah empuk.