Selasa, 30 September 2014

Sambal Kentang Ikan Bilis Berdaun Kedondong

Minggu ni sibuk sikit dengan berkebun. malas nak masak. Kalau masak pun yang simple-simple je. Suami Cik Mun memang senang. Kalu Cik Mun tak berapa konfiden lauk yang Cik Mun masak pada hari tu di akan makan atau pun tak, selalunya Cik Mun akan buat sambal kentang ni.

Memancangkan pokok kedondong yang Cik Mun tanam dah besar panjang, daunnya pun galak tumbuh pucuk-pucuk baru. Cik Mun memang patahkan dan ambil pucuk sebab nak galakkan pokok kedondong tu tumbuh bercabang. Biar rimbun sikit.

Pucuk yang dipetik tu,, jangan dibuang. Boleh dimakan. Cik Mun pelbagaikan cara nak makannya dengan letakkan daun tu dalam sambal kentang. Bila dah buat, sedap jugak rasanya...Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok kat bawah ni.

 Bahan-bahannya:

2 biji kentang (potong nipis2)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Perasa (optional)
1 cekak pucuk kedondong 

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).


Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng kentang hingga garing kekuningan dan rangup.Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk bersama dengan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa. Tunggu hingga garing. (Masukkan garam sedikit saja kerana ikan bilis sudah sedia masin).
  4. Masukkan pucuk kedondong dan matikan api.
  5. Sedia dihidangkan bersama dengan nasi panas. 
 Saiz hidangan untuk 2 orang.

Ahad, 28 September 2014

Ayam Masak Lemak Kuning Sama Kentang

 Perasaan malas masak menguasai diri ini. Perasaan malas nak pergi ke kedai beli lauk siap pun ada jugak. Pendek kata sekarang ni Cik Mun memang malas tahap gaban sangat. Maka, terhasillah masakan yang senang sangat ni...

Bahan-bahan tumbuk ni memang dah lama Cik Mun buat. Minggu lepas lagi. Al kisahnya Cik Mun bersihkan kawasan belakang rumah. Tempat semua tananam herba ditanam. Banyak serai yang Cik Mun dapat. Ada yang disedekahkan pada jiran-jiran dan selebihnya Cik Mun buat awas untuk simpanan Cik Mun gunakan bila nak masak. Selain daripada rumpunan serai yang Cik Mun bersihkan, Cik Mun korek jugak lengkuas dan bersihkan apa-apa lagiyang patut. 

Ok lah. Dah banyak sangat serai dan lengkuas, Cik Mun pun buat awas yang mana awas tu sesuai untuk guna untuk buat pelbagai jenis masakan. Antara masakan yang sempat Cik Mun buat seperti kat bawah ni. Kalau nak tahu bahan-bahan dan cara memasaknya, tengok kat bawah ni...


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (450gm)2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji kentangsecekak soo un
300ml pati santan1 batang serai (dititik)*
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
¼ sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*1 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas *
perasa (optional)


Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda * dengan kentang dan ayam.
  2. Tunggu hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan soo un dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang.