Jumaat, 31 Januari 2014

`Devil' Marry Cheese Kek

Cik Mun dah lama peram resepi ni. Maklumlah, sibuk memanjang sampai tak sempat nak `update' blog. Dah bosan dengan rupa cheese kek biskut yang sopan santun, Cik Mun buat gaya huru hara... nampak macam jahat sikit, ada tajam-tajam dan banyak tanduk. Tapi sebenarnya, kalau nak tahu cerita, 2 orang hero Cik Mun tu yang main bungkusan biskut marry sampai pecah biskut kat dalam bungkusan, makanya, Cik Mun pun bantai lah guna buat cucuk-cucuk. Tapi bila tengok hasil kerjanya, macam cantik la pulak. Kalau nak try buat `Devil' Marry Cheese  Kek ni, resepi dan bahan-bahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:
(Anggaran boleh buat dalam 3-4 biji `tuppaware' putih)

250 gm krim cheese (Cik Mun guna Jenama Tartura)
100 gm gula halus (Boleh kurangkan jika tal suka manis)
100 ml susu cair/krimer sejat (Cik Mun gunakan susu cair Jenama Diary Camp)
100ml susu sejat (panaskan hingga suam)

Hiasan Atas Kek

1 Paket Biskut Coklat Mary (250 gm)
1 Buah beri (hiasan)
1 Tiub Serbuk Nescafe 3 in 1


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukulkan krim cheese dengan gula halus dan krimer sejat hingga cheese krim kembang 2 kali ganda dari saiz asal dan ketepikan.
  2. Ambil biskut Marry, celupkan satu saat ke dalam krimer sejat dan susun ke dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  3. Ambil krim cheese dan ratakan sebagai lapisan ke dua.
  4. Ulangi proses/lengkah yang sama hingga habis semua biskut mary.
  5. Bagi prose yang akhir sekali, lebihkan krim cheese di bahagaian atas bagi memudahkan untuk mencucuk biskut marry ke dalam krim cheese.
  6. Seterusnya taburkan dengan serbuk marry yang dicampurkan dengan serbuk nescafe 3 in 1.
  7. Akhir sekali, hiaskan dengan berry merah.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dimakan.  

Kat bawah ni semua antara bahan-bahan yang digunakan oleh Cik Mun.

 Mula-mula bila tengok resepi asal kena pakai susu segar, tapi Cik Mun try tukar guna krimer sejat, 
ok jugak rasanya...

 Cik Mun pukul guna mixer tangan je sebab buat bancuhan yang sikit. 
Tapi, ... lengoh sangat tangan rasanya sebab kena pukul dalam lebih kurang 15 minit.

 Nescafe 3 in 1 yang Cik Mun guna... Tapi sebab Cik Mun tak suka sangat dengan kafein, makanya Cik Mun campur dengan serbuk marie coklat yang dihancurkan sebagai hiasan untuk tabur. Tapi kalau tak nak letak nescafe pun takpe...Cumanya, takde lah rasa nescafenya nanti...

Biskut marry coklat yang Cik Mun guna. Siap ada tanda harga lagi tu.
Boleh kira budget terus kalau nak buat. Hahahaha....

Rabu, 22 Januari 2014

Maggie Kari `Otter'

Balik dari kerja pada hari Jumaat yang lepas teringin sangat nak makan maggie kari. Dah lama sangat rasanya tak makan maggie kari. Cik Mun buat magie kali ni meriah sangat dengan sayur sebab Cik Mun suka makan sayur. Lagipun, biarlah sekadar kari tapi pastikan semua nutrisi pemakanan lengkap dalam sepinggan hidangan. Hidangan ni untuk Cik Mun dan yang hidangan satu lagi yang kat bawah tu untuk husben. Kuahnya pula Cik Mun otter sikit sebab tak nak gunakan sepenuhnya perencah yang dibekalkan di dalam bungkusan maggie tu. Sekurang-kurangnya, kurang lah sedikit perasa bahan kimia dalam tubuh badan ni kan? Lagi pula, anak-anak Cik Mun masih kecil lagi dan semua bahan kimia ni lagi baik sekiranya dikurangkan.


Hidangan ni Cik Mun tambahnkan telur mata kerbau. Cik Mun punya hidangan takde telur mata kerbau sebabnya Cik Mun rasa ayam dan isi ikan pun dah cukup banyak. Resepi adalah seperti berikut.


Bahan-bahannya:

3 bungkus maggie kari (Cik Mun celur dan ketepikan)
1 papan isi ikan
1 ketul ayam (bahagian dada-potong kiub)
Sedikit bunga kubis
Sedikit brokoli
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit Daun bawang (hiasan)
Sedikit bawang goreng (hiasan)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
5-7 biji cili padi
 1 biji telur (digoreng mata kerbau)
Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan


Cara-cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang halus bersama dengan dan isi ikan hingga garing/naik baunya.
  2. Masukkan air secukupnya anggaran sendiri sebagai kuah diikuti dengan sayur caret, brokoli, bunga kobis dan perencah magie. (Cik Mun gunakan hanya 2 paket perencah walaupun jumlah maggie yang digunakan adalah 3 bungkus)
  3. Masukkan semua bahan sos dan tambahkan jika ada apa-apa yang kurang.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan maggie yang telah dicelur. Sudahinya dengan hiasan daun bawang, telur mata kerbau, cili padi dan bawang goreng.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.