Khamis, 28 Mac 2013

Hawaian Pizza

 Ni Cik Mun tak bakar lagi. Yang ni Cik Mun bakar dulu dohnya hingga separuh masak kemudian letakkan semua bahan-bahan `hawaiannye' dan barulah bakar sekali lagi. Ini sebab Anak-anak Cik Mun suka doh yang rangup. Terpaksalah buat 2 kali kerja.

kkk

Bila dah siap, cam gini lah hasilnya. tak sempat nak makan dah kena curik. Buat pulak atas tudung periuk je.(Malunye.....) Sebab semua barang dapur Cik Mun dalam stor. (Cik Mun sekarang ni menumpang rumah mertua). Malas nak keluarkan barang-barang sendiri Cik Mun sebab nanti panjang ceritanya.



Bahan-bahannya membuat doh:

  1. 500 gm tepung gandum
  2. 2 sudu makan margerin
  3. 2 sudu makan minyak sayuran
  4. 80 ml susu segar/susu cair
  5. 1 sudu makan gula putih*
  6. 1 sudu teh garam*
  7. 1 sudu makan yis/mauripan*
  8. 80 ml air suam*
 Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dan dibiarkan anggaran 4-8 minit.

Bahan-bahannya inti:

  1. Nenas dipotong kecil-kecil
  2. Daging lembu bahagian dada diperap dengan garam, jintan manis dan jintan putih beserta sebuk cili dan dipanggang berasingan. Ketepikan.
  3. Sosej ayam dipotong bulat
  4. Sos cili
  5. Mayonise
  6. Bawang besar dipotong bulat
  7. Buah tomato dipotong bulat
  8. Oregano kering
  9. 18 keping keju
 Cara-cara memasakknya:

  1. Semua bahan doh dicampurkan bersama dengan bahan yang dibancuh dan diuli hingga tidak melekit.
  2. Rehatkan 30-1 jam hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah naik 2 kali ganda, buangkan angin dan bentukkan di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 20 minit.
  4. Setelah 20 minit, buangkan angin dengan mencucuk doh dengan garpu agar tidak mengelembug semasa membakar. Bakar dengan suhu 160 degree selama 15 minit. (separuh masak)
  5. Angkat dan sapukan mayonese dan sos cili ke atas doh. Susun daging panggang, nenas potong, bawang besar potong dan tomato potong.
  6. Akhir sekali taburkan keju/cheese cincang dan dan oregano kering. Bakar gunakan api atas sahaja dengan suhu 160 degree selama 10 minit.
Tips :   Kalau taknak doh yang garing, bakar sekali sahaja dengan meletakkan semua bahan inti di atas doh. 
           Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sekaligus.

Rabu, 27 Mac 2013

Mee Goreng Berempah

Ni Cik Mun gelarkan sebagai Mee Goreng Berempah. Sebabnya Cik Mun gunakan ayam masak kicap yang semalam punya untuk buat Mee Goreng hasil dari saki baki Cik Mun buat mee jawa. So, Mee yang tak habis dan masak kicap ayam yang tak habis tu, Cik Mun kombine kan sekali. Bijak tak? jimat juga kan. Ini resepinya kalau krang semua takder ayam yang lebihan tu.

Bahan-bahan:
  1. 100 gm mee kuning
  2. 2 pohon sawi bunga
  3. 3-4 ketul ayam dipotong kiub
  4. 2 sudu kicap
  5. 1 sudu teh gula
  6. 1 sudu makan sos tiram
  7. 4 tangkai cili kering* (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  8. 2 labu bawang kecil merah*
  9. 1 ulas bawang besar*
  10. Cili besar  (hiasan)
  11. Sebatang kulit kayu manis.
  12. Sebuji telur gred c
Bahan-nahan bertanda * ditumbuk hingga lumat.
 
 
Cara-cara memasak:
  1. Mee kuning dicelur dan dibuang minyaknya. Ketepikan.
  2. Dalam satu kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Letakkan sedikit air dan diikuti dengan ayam (air anggaran cukup untuk menyalut mee dengan bahan tumis.)
  3. Seterusnya masukkan telur, sawi bunga yang dipotong dan mee kuning. Kaup balikkan hingga sekata.
    Siap dihidang dengan hiasan cili besar potong untuk dimakan. Saiz hidangan untuk seorang je...