Ahad, 10 Januari 2016

Bekal Roti Jala 11.01.16

 Roti Jala Hommade


Salam Isnin. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus berblog walaupun sekadar nak menunjukkan `breakfast' Roti Jala `Hommade' yang tak seberapa ni.


 View inn Roti Jala


Cik Mun buat roti jala ni pada petang Ahad sebenarnya. Tapi sebab takde mendapat sambutan. Cik Mun rasa sayang nak buang. pepaginya tu, Cik Mun alang-alang dah bangun awal, terus kukus roti jala ni. Panaskan Kuah Kari Ikan Tongkol  yang `left over ' tu dan terus je masukkan dalam bekas untuk bekal pada hari ni.

`left Over' kari kepala Ikan Tongkol

Kalau ada yang cakap ntah apa-apa, takper lah. Cik Mun terima je. Daripada baik buat macam ni kan? Teringat zaman dulu-dulu masa Cik Mun kecil-jecil tu, memang semua lauk masakan ibu takkan kami buang. Akan dimakan hingga habis.

Contohnya macam kerak nasi Dulu masak guna dapur kayu, memang kekadang tu kalau lalai, nasi banyak keraknya, ibu akan rendamkan dalam air biasa hingga lembut dan buat bubur dengan tambahkan banyak lagi bahan segar yang banyak dan sedap. Kami adik beradik pun beruebut-rebut makan.

Selasa, 5 Januari 2016

Bekal Nasi Goreng Simple 6.01.16

Nasi Goreng Seconet

Selamat Tahun Baru. Selamat menjalani kehidupan baru kepada semua. Pada awal-awal tahun ni banyak perkara baru dan azam baru yang akan dibuat. Contohnya anak baru masuk sekolah ke, baru dapat kerja/bertukar ke tempat baru ke...macam-macam lagi lah.

Azam Cik Mun pada tahun ni adalah untuk menjadi isteri, ibu dan wanita bekerjaya yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan tak lupa juga, azam untuk lebih banyak menulis untuk blog yang tak seberapa ni.

Itulah cerita pasal azam. Sekarang ni meh cerita pasal bekal pulak. Cik Mun hari ni bangun seawal pukul 5.20 pagi. Masak nasi, lauk daging masak kicap, sayur campur tumis, telur goreng dadar (untuk makan tengah hari) dan nasi goreng (untuk `breakfast').

Nasi goreng ni untuk bekal Cik Mun dalam bekas kecik tu (sikit udah le sebab sarapan jer pon) dan bekal untuk anak sulung yang baru hari ke 3 dalam darjah 1.  Cik Mun buat bekal yang simple dan tak berkuah untuk dia. Air pulak Cik Mun bekalkan air oren untuk dia.

Hari ni Cik Mun ajar padanya yang Cik Mun tak dapat gaji lagi, tak ada duit so kena bawak bekal. Tapi dalam masa yang sama dah pesan kat makcik kantin supaya benarkan kalau dia nak makan apa-apa kat lantin tu, ambil je dulu dan Cik Mun akan bayar kemudian.

Tak sabar nak tengok apa hasilnya tengah hari masa dia balik sekolah nanti. Habis ke tidak bekalnya. Sebab kalau `first day' dulu, Cik Mun ada bekalkan jugak sandwich roti telur bercheese tapi dia tak nak makan sebab teruja nak beli kat kantin sekolah.

Apa-apa pun, kalau nak tahu resepi masak nasi goreng seperti di bawah ni ye..

Bahan-bahannya:

Bahan bahan:
 
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi - boleh tambah ikut pedas disukai
Segenggam udang kering - tumbuk seketika jer
1 biji telur (Goreng dulu berasingan dan hancurkan)
1 keping fish cake (hiris nipis)
Sayur karet (Cik Mun letak)
Sayur kacang panjang (Cik Mun Tak Letak)
Garam secukupnya
Perasa (optional)
Cara cara:
  1. Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili padi. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan bersama dengan fishcake sehingga cili benar benar masak.
  2.  Kemudian, masukkan pula udang kering yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.
  3. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.