Jumaat, 14 Mac 2014

Puding Kelapa Muda



Hari minggu yang lepas, operasi bersihkan sekitar kawasan luar rumah. Sempat pulak `husband' Cik Mun jolok buah kelapa yang ada kat depan rumah. Disebabkan banyak sangat buahnya dan airnya untuk kami 4 beranak, ada air yang Cik Mun buat air untuk diminum segar dan ada juga yang Cik Mun buat Puding Kelapa Muda.



Kebetulan Cik Mun masak agar-agar ni masa hujung minggu (Ahad). Dapatlah esoknya bila balik kerja je `time' tengah panas-panas tu, bukak peti ais makan terus agar-agar kelapa yang sejuk ni...sedapnya...rasa macam ada mak je kat rumah tolong masakkan pada hari tu.  
(Sedih sebab Cik Mun dah tak ada mak dan mak mertua)

 Ok lah. `Sentimental' pulak. Tak payah nak mengadu domba, kalu nak `try' buat, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ini.


Bahan-bahannya:

400ml air paip
400ml air kepala (beserta dengan isi kelapa muda)
1/2 sudu teh garam
3 sudu gula putih
11 gram agar-agar serbuk (kalau gunakan agar-agar yang lain pun boleh)


Cara-cara memasaknya:

  1. Didihkan agar-agar serbuk bersama dengan 400ml air paip, gula dan garam.
  2. Masukkan air kelapa dan isinya.
  3. Tuangkan dalam bekas simpanan.
  4. Potong dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Saiz hidangan untuk 3 orang



Isnin, 3 Mac 2014

Makaroni Goreng Cheese Leleh Simple Giler...

 Resepi ni memang Cik Mun akan buat bila datang selera nak makan makanan `omputih'. Ringkas dan sedap (Angkat bakul sendiri). Bahan-bahannay pun `simple'. Kiranya stok yangs elalu ada dalam peti ais Cik Mun la...

 Bila dah siap goreng, masa nak makan tabur cheese banyak-banyak. Cik Mun puas makan kalau cheese tu sampai menenggelamkan semua makaroni yang ada. Kalu nak tahu, ni yang Cik Mun buat untuk hubby. Tapi yang Cik Mun punya makaroni pula lagi banyak cheese, sebab abnyak sangat Cik Mun tak nak upload gambar kat sini sebab gambar tak cantik, tak nampak makaroninya. 

Takpelah, kepada sesape yang nak mencuba.. bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 genggam makaroni (rebus dan toskan airnya).
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 batang isi ayam (potong kiub)
1/2 sudu lada hitam
Cheddar cheese
Daun bawang - boleh gantikan dengan yang lain jika suka
1/4 kiub ayam (optional)-tak pun tak apa

Cara-cara  Memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus hingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam dan tunggu hingga  ayam masak.
  3. Masukkan makaroni dan sebatikan.
  4. Taburkan lada hitam, cheddar cheese dan daun bawang sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.