Selasa, 11 Februari 2014

Ekzema...Korang pernah tengok/jadi tak macam begini.

 Gambar dari Pakcik Google Imej. Alahan/Ekzema pada tangan.


Macam pelik saja kan sebab entri kali ni Cik Mun bukan cerita pasal masakan/bagi resepi seperti yang macam selalu Cik Mun buat. Tapi kali ni Cik Mun akan cerita pasal sakit kulit dan sakit asma yang disebabkan alahan/alergi pada sesuatu.


Pengalaman ni Cik Mun lalui bila hidup bersama suami tercinta yang sebelum ni yang mana dia ok saja tapi menghidapinya sejak dia berusia 28 tahun. Masa entri ni ditulis, umur suami Cik Mun dah 31. Jadi, pejam celik pejam celik bermakna dia dah hidup dengan ekzema selama lebih kurang 3 tahun la...

Bukan itu sahaja, anak-anak Cik Mun yang berusia 5 dan 2 tahun juga rasanya mereka juga ada ekzema cuma tidaklah seteruk ayah mereka...Alahai.. kesian anak-anak Cik mun sebabnya walaupun mereka masih kecil tetapi telah diberi ujian oleh Allah. Sabar dan tabahlah anakkku...

Info dari pembacaan Cik Mun menyatakan bahawa ekzema ni adalah ianya bukanlah penyakit berjangkit tetapi disebabkan oleh pembawaan genetik/keturunan. Sekiranya ibu/bapa mengidap asma, maka anak-anak akan cenderung untuk mendapat ekzema/asma. kedua-dua penyakit ini merupakan sakit kerana alah kepada sesuatu benda.

Cik Mun sendiri mengidap asma. Paling alah kepada sejuk dan panas yang melampau. Pendek kata, cuaca yang tak stabil / bertukar dengan cepat la... Kalau pewangi pun sama juga Cik Mun tak tahan. Sebab tu la kalau dalam bilik pejabat Cik Mun tu mesti penuh je `refill' pewangi udara sebab Cik Mun akan matikan. Sesak nafas dibuatnya. Barang-barang lain seperti ubat nyamuk, colok sembahyang (selalu ada kat kedai2 cina), minyak wangi yang terlalu wangi, minyak cap kapak...dan benda-benda yang seangkatan dengannya pun akan menumbangkan kepada kunjungan asma Cik Mun.

Ini berbeza pula dengan suami yang mana dia mengidap ekzema. Alahan dia pula adalah pada habuk, kekotoran, detergen yang terlalu kuat, pewangi pakaian dan lain-lain penggunaan barangan harian yang mungkin Cik Mun sendiri pun tak sedar. Oh! lupa pulak nak senaraikan, cuaca juga merupakan penyumbang kepada sakit ni.

Ok lah. penat dah tangan Cik Mun menaip. Lain kali Cik Mun akan share pulak resepi macam mana nak buat ubat secara tradisional bagi sakit asma dan ekzema ni. Kalau nak kena lah tunggu entri yang selanjunya pasal ni ok...

Hingga jumpa lagi...

Khamis, 6 Februari 2014

Kari Ikan Bawal Sama Labu Air

Masakan kari ikan bawal bersama labu air ni memang dah lama Cik Mun buat. Cuma baru sekarang ada masa nak up-datekan dalam blog. Setelah sekin lama disimpan sebagai draf je, tibalah masanya nak `reveal' kan resepinya untuk kita kongsikan bersama.

Cik Mun suka makan labu air ni. Memang kombinasi yang sepadan antara labu air yang lembut setelah empuk dimasak dengan ikan bawal. Cik Mun buat masakan ni menggunakan seekor ikan sahaja yang besarnya lebih kurang sebesar tapak tangan. Ingatkan dah cukup banyak, tapi tak cukup rupanya. Resepi dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal
1/2 paket serbuk kari
250 ml santan pekat
1 keping asam keping
2 biji bawang merah kecil (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
4-5 biji daun kari
Sedikit minyak untuk menumis (angggaran 3-4 sudu besar)
garam secukupnya


Cara-cara memasaknya;
  1. Tumiskan bawang merak kecil dan bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan rempah kari ikan dan daun kari hingga naik baunya juga.
  3. Masukkan air, asam keping, garam dan labu air serta tunggu hingga labu empuk.
  4. Masukkan ikan bawal dan santan. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Saiz hidangan adalah  untuk 2 orang.