Isnin, 6 Januari 2014

Chicken Chop Kari Cik Mun

Ini adalah Chicken Cop yang first time Cik Mun buat. Nampak macam Chicken Chop, Cik Mun pun namakan je Chicken Chop yang berkari. Kalau dari laman-laman blog yang cik Mun lawati lama dulu antaranya:


dan banyak lagi yang Cik Mun rujuk, (tapi maaflah sebab kalau nak ingat satu2 banyak sangat yang Cik Mun tengok sampai tak ingat). Terima kasih banyak-banyak dan izinkan Cik Mun ubah resepi ikut keadaan dan paparkan dalam blog Cik Mun pulak. 

Resepi ini pun tak lah beriya sangat. Main campak-campak sambil ingat apa yang terlintas sahaja di fikiran. Almaklumlah, masa kat opis, meng`view' resepi kat blog orang tapi tak salin pun. Bila dah balik rumah je, terasa nak makan. Makanya, campak sahaja lah apa yang ingat. Tapi Alhamdulillah, menjadi dan habis licin jugak le. En. Husben pun puji sedap. 
Anak-anak apatah lagi...

Resepi Chicken Chop Cik Mun yang tak seberapa ni seperti di bawah:



Bahan-bahannya:

6 ketul paha Ayam (Cik Mun tak buang tulang sebab malas)

1 sudu teh serbuk lada hitam*
1 biji kiub ayam*
1/2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 sudu makan sos tiram*
1 sudu makan serbuk kari babas*

Semua bahan bertanda * diperap bersama ayam, tinggalkan dalam peti sejuk tempat simpanan biasa lebih kurang 4 jam/semalaman.  Cik Mun tak letakkan garam kerana semua bahan perap ini ada antaranya yang akan berikan rasa masin kepada ayam ni. Lagipun, sos yang nak dimakan bersama nanti juga akan sumbangkan rasa masinnya nanti.


Hiasan segar yang boleh dimakan:

Buah Tomato (potong ikut suka)
Daun Stevea (boleh gantikan dengan sayur lain, salad contohnya, Cik Mun tak letak sebab tak ada...)
Kacang panggang dalam tin (masak sekejap sahaja atas api hingga mendidih dan hidangkan)
Kentang goreng (Rebus dulu hingga empuk, goreng `deep fry' dan hidangkan)


Sos
Jalapeno Cheese Powder (dibancuh dengan air panas.)
Mayonese


Cara-cara memasaknya;
  1. Ayam digoreng secara `deep fry'  hingga betul-betul masak. Api jangan kuat sangat untuk mengelakkan bahagian luar masak tapi bahagian dalamnya mentah.
  2. Angkat dan hidangkan dengan sos dan makanan tambahan yang lain seperti kentang, kacang panggang, buah tomato dan daun stevea/salad.


Jumaat, 3 Januari 2014

Roti Kentang Cincah Sambal Kacang Panggang Keju Berempah

Ini susunan bekal roti bersama pencincahnya. Cik Mun bawak ke pejabat. Tak sempat nak bergambar kat rumah sebab Cik Mun habis masak roti ni pun dah pukul satu setengah pagi. Kat pejabat pulak, sebelum nak makan tu `snap' gambar dulu.

Roti ni Cik Mun suka sebab kalau simpan sampai petang pun masih lagi lembut dan gebussss.... Boleh makan sampai petang, bahkan tahan 3-4 hari. Cik Mun memang dah tak kan makan kat kantin pejabat kalau dah bawak bekal macam ini.


ROTI KENTANG

Roti kentang ni Cik Mun buat sama saja macam base roti-roti kentang yang pernah Cik Mun buat. Mudah dan ringkas. Kepada sesiapa sahaja yang duduk jauh di pedalaman macam Cik Mun yang duduk di kampung, Jika nak cari kedai yang menjual bahan-bahan pelik-pelik seperti 'bread softener' ni memang susah. Jadinya, kena pelbagaikan teknik masakan agar masakan yang terhasil nanti sedap dan berbaloi. Cik Mun gantikan pelembut roti ni dengan kentang. Telur pun tidak digunakan dan ini menjadikan roti ini tidak hanyir sekiranya mahu dicincah dengan air kopi/teh/sebarang air.

Tak nak cerita panjang-panjang, resepi doh roti seperti dibawah ini..


Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 biji kentang (rebus dan lenyek)

Bahan bancuh

100ml air suam
2 sudu  instant yeast/mauripan
3 sudu susu tepung


Cara membuat doh:
  1. Bancuh semua bahan bancuh dan biarkan sehingga ianya kembang lebih kurang 10 minit, ketepikan.
  2. Dalam satu bekas berlainan, campurkan semua tepng, marjerin dan kentang.  Masukkan baahn bancuh dan uli selama lebih kurang 10 minit/hingga doh kenyal/tidak melekat di tangan.
  3. Rehatkan doh selama 1 jam dengan titutup plastik / tuala lembab bersih.
  4. Setelah 1 jam, tumbuk dan uli sekali lagi untuk membuag angin doh. Bentukkan doh bulat/sebarang bentuk dikehendaki dan aturkan di atas dulang pembakar.
  5. Rehatkan doh sekali lagi selama 45 minit sebelum membakarnya.
  6. Bakat doh dengan api atas dan bawah selama 20 minit api atas dan bawah manakala baki 20 minit lagi dengan api bawah sahaja.  Suhu adalah 150 darjah celcius.

Resepi bagi 
KUAH KACANG PANGGANG KEJU BEREMPAH
pula seperti di bawah:

Kacang Panggang tin yang Cik Mun gunakan berfungsi sebagai pemekat kuah. Tapi jika menggunakan bahan yang ada dalam tin, rasa dulu tahap kemasinannya/keasamannya. Ini 
penting supaya kita boleh mengagak perasa seperti garam/asam yang akan 
ditambahkan dalam masakan / kuah kita nanti.


Bahan-bahannya:

1 tin kacang panggang
10 batang sosej ayam
1 biji buah tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1  inci kulit kayu manis 
5 sudu serbuk keju jalapeno/`Jalapeno Cheese Powder'
2 sudu makan gula 
1/2 sudu makan garam

1/2 sudu teh Oregano
Lada hitam (`optional'-sebanyak mana pedas disukai)
Minyak untuk menumis


Bahan kisar
(kisar dengan sedikit air)

10-15 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh jintan putih



Cara-cara memasak kuah:
  1. Tumiskan bawang besar dan kulit kayu manis hingga naik baunya, masukkan bahan kisar, buah tomato dan tunggu hingga cili pecah minyak/kering air cili tersebut.
  2. Masukkan kacang panggang, sosej ayam, gula, garam, lada hitam dan serbuk daun kering oregano dan keju serbuk jalapeno. Perasakan lagi dengan garam dan gula sekiranya kurang.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan roti kentang.
  4. Jika suka boleh juga makan bersama dengan mayonese atau lain-lain jenis keju.

Tips: 
Boleh digantikan keju jalapeno dengan sebarang jenis keju. Bahan seperti sosej ayam juga boleh digantikan dengan ayam segar/daging segar. Terpulang kepada diri kita sendiri.