Selasa, 3 September 2013

Bubur Jagung Berpulut

Post ni merupakan masakan Cik Mooon yang sebenarnya pada masa tu Cik Moon teringin sangat nak makan pulut lemang yang di dalamnya ada jagung. Tapi memandangkan proses yang nak membuatnya yang rumit memerlukan buloh lemang dan kena bakar kat luar rumah berbagai, makanya Cik Mooon  pun terfikirlah idea ni yang masak je pulut dan jagung sekali dalam satu periuk. Hasilkan... Tada.... bubur jagung berpulut pada 17 Syawal 2013.
 
 
Bahan-bahannya :
 
2 tongkol jagung 
200 ml santan pekat
1 helai daun pandan
Segenggam beras pulut
2 sudu besar gula putih
1 sudu teh garam
 
 
Cara-cara Memasaknya:
  1. Beras pulut direndam terlebih dahulu selama lebih kurang 1/2 jam.
  2. Dalam satu bekas, satukan beras pulut yang telah ditoskan bersama jaguang yang telah dihiris dari tongkolnya.
  3. Masukkan air (anggaran 150ml) bersama dengan garam dan gula putih dan tunggu hingga mendidih.
  4. Seterusnya masukkan santan dan daun pandan (dikoyak sedikit) seterusnya kecilkan api.
  5. Kacau selalu bagi mengelakkan santan daripada bergentel / pecah minyak.
  6. Angkat dan hidangkan setelah jagung empuk/masak.
 
 Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.
 



Udang Sweet Sour Dan Petai



Sedapnye bukan main lagi. Tapi malangnya masakan ni Cik Moon tak boleh nak makan banyak-banyak. Entah kenapa Cik Mooon akan sakit perut memanjang je kalau makan petai. Tapi lantaklah. kalau sikit sakit tu, sesekali `mencemar duli ' katakan... 


Bahan-bahan:

100gm udang (8-9 ekor) bersaiz sederhana
petai 10-12 mata 
1/2 sudu  gula merah
1/2 sudu gula putih
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
8-10 tangkai cili kering*
1 labu besar bawang besar*
1 bii bawang kecil*
2 ulas bawang putih*

 Bahan-bahan bertanda * ditumbuk/blender.


Cara-cara:

  1. Tumiskan dengan sedikit minyak semua bahan tumbuk/blender hingga naik baunya.
  2. Masukkan petai, gula putih, gula merah, air asam jawa dan garam hingga semuanya secukup rasa.
  3. Masukkan air sekiranya mahu berkuah. Tunggu hingga mendidih dan akhir sekali masukkan udang.
  4. Hidangkan bersama nasi panas.  
 Hidangan sesuai untuk 3 orang.