Selasa, 26 Mac 2013

Ikan Kembong Rebus Masak Lemak Belimbing Buloh


Banyaknyer belimbing buloh kat rumah pengasuh Cik Mun. Dibiarkan berteraburan je di tanah. Ayam pun taknak makan sebab masam sangat. Cik Mun pun dengan muka tak malu mintak dari pengasuh. Dia `green light' je ambil plastik besar untuk ambik buah nak kasi kat Cik Mun. Ni lah hasilnya bila Cik Mun tak berkira dengan dia. Dia pun tak pernak nak berkira dengan Cik Mun. Ini adalah hasil yang Cik Mun masak. dan yYang selebihnya tu, Cik Mun buat jemur kering. Ada masa nanti ingat nak buat acar. Jom lah `try' asam kembong belimbing buloh dulu. Ni resepinya.


Bahan-bahannya:

  1. 3 ekor ikan kembong rebus
  2. 10-15 biji belimbing buloh
  3. 1 batang serai (dititik)
  4. 300 ml pati santan
  5. 200 ml air
  6. 2 sudu teh serbuk kunyit 
  7. 3 labu bawang merah kecil *
  8. 2 ulas bawang putih *
  9. 2-3 biji cili padi*
  10. 2-3 biji cili kering*
  11. 1/2 sudu teh belacan*
 Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.

Cara-cara memasak:

  1. Di dalam satu periuk, 3 ekor ikan kembong rebus yang telah dibersihkan diletakkan bersama dengan santan, air, bahan tumbuk, serai dan belimbing buloh.
  2. Tunggu hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Tips:     Selalu kacau masakan ini agar santannya tidak berketul-ketul/pecah minyak Gnakan api yang
            perlahan sahaja. Tutup sebaik sahaja mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan