Selasa, 8 Oktober 2013

Apam Nasi Bandung Sedap



 Apam beras selama hari ni memang `best'. Mula-mula masa Cik Mun buat, bila dah siap kukus tu melekat sangat walaupun dah acuannya dah disapu dengan minyak. Rasa sedih sangat. Cik Mun diamkan semua kuih yang dah masak tu dalam sangai. Bila malam sikit baru teringat nak menjengok. Alhamdulillah bila nak keluarkan kuih tu, senang saja tertanggalnya. Mungkin rezeki tetamu yang kebetulan pada masa tu sedang bertandang....Apa lagi, senyum ke telinga lah Cik Mun sebab cubaan pertama buat kuih ni menjadi. Alhamdulillah....dan tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada pemilik blog www.jintanmanis.com sebab resepi ni Ck Mun ambil dari blog beliau. Cuma banyak la Cik Mun ubah sebab Cik Mun tak nak kuih ni terlalu manis. Minta Izin ye...Resepi ubahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya;

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih
5 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan.

Secekak kalapa parut (letakkan sedikit garam dan sesudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dan susu tepung dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata. 
  4. Pewarna merah ros ditambah.Seterusnya diperap 3-4 jam.
  5. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  6. Rehatkan selama 30-40 minit.
  7. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  8. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...

Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...


1 ulasan: