Khamis, 28 Mac 2013

Hawaian Pizza

 Ni Cik Mun tak bakar lagi. Yang ni Cik Mun bakar dulu dohnya hingga separuh masak kemudian letakkan semua bahan-bahan `hawaiannye' dan barulah bakar sekali lagi. Ini sebab Anak-anak Cik Mun suka doh yang rangup. Terpaksalah buat 2 kali kerja.

kkk

Bila dah siap, cam gini lah hasilnya. tak sempat nak makan dah kena curik. Buat pulak atas tudung periuk je.(Malunye.....) Sebab semua barang dapur Cik Mun dalam stor. (Cik Mun sekarang ni menumpang rumah mertua). Malas nak keluarkan barang-barang sendiri Cik Mun sebab nanti panjang ceritanya.



Bahan-bahannya membuat doh:

  1. 500 gm tepung gandum
  2. 2 sudu makan margerin
  3. 2 sudu makan minyak sayuran
  4. 80 ml susu segar/susu cair
  5. 1 sudu makan gula putih*
  6. 1 sudu teh garam*
  7. 1 sudu makan yis/mauripan*
  8. 80 ml air suam*
 Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dan dibiarkan anggaran 4-8 minit.

Bahan-bahannya inti:

  1. Nenas dipotong kecil-kecil
  2. Daging lembu bahagian dada diperap dengan garam, jintan manis dan jintan putih beserta sebuk cili dan dipanggang berasingan. Ketepikan.
  3. Sosej ayam dipotong bulat
  4. Sos cili
  5. Mayonise
  6. Bawang besar dipotong bulat
  7. Buah tomato dipotong bulat
  8. Oregano kering
  9. 18 keping keju
 Cara-cara memasakknya:

  1. Semua bahan doh dicampurkan bersama dengan bahan yang dibancuh dan diuli hingga tidak melekit.
  2. Rehatkan 30-1 jam hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah naik 2 kali ganda, buangkan angin dan bentukkan di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 20 minit.
  4. Setelah 20 minit, buangkan angin dengan mencucuk doh dengan garpu agar tidak mengelembug semasa membakar. Bakar dengan suhu 160 degree selama 15 minit. (separuh masak)
  5. Angkat dan sapukan mayonese dan sos cili ke atas doh. Susun daging panggang, nenas potong, bawang besar potong dan tomato potong.
  6. Akhir sekali taburkan keju/cheese cincang dan dan oregano kering. Bakar gunakan api atas sahaja dengan suhu 160 degree selama 10 minit.
Tips :   Kalau taknak doh yang garing, bakar sekali sahaja dengan meletakkan semua bahan inti di atas doh. 
           Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sekaligus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan