Khamis, 21 Mac 2013

Ikan Kembong Masak Asam Pedas

Cik Mun bangun pagi-pagi lagi tadi. Terus je bukak peti ais dan ambil semua bahan yang dah sedia dalam 1 periuk dan masak terus. Dari kacang bendi hinggalah ke garam, asam dan sebagainya semua Cik Mun campak siap-siap masa malamnya. Ikan tu last sekali Cik Mun letakkan. Ye la... dalam tv selalu cakap, barang-barang cam gitu tak boleh letak sekali. ada kuman? ntah. Ikut je mana yang baik kan...


Bahan-bahan:

  1. 3 Ikan kembong 
  2.  8-10 biji buah bendi.
  3. 1/2 inci lengkuas
  4. 1 biji buah tomato
  5.  2 keping asam keping
  6. 5-8 helai daun kesom
  7. Sebatang serai**
  8. 1 biji bawang kecil*
  9. 1/2 labu bawang besar*
  10. 1 ulas bawang putih*
  11. 2-3 biji cili api*
  12. 1-3 tangkai cili kering*
  13. 1/2 sudu teh belacan*
  14. 1/2 sudu besar gula perang*
  15. 1/2 sudu besar gula putih*
  16. 1/2 sudu besar serbuk kunyit*
 Semua bahan bertanda * ditumbuk.
Bahan bertanda ** dititik sahaja


Cara-cara memasak:

  1. Dalam satu periuk, masukkan air lebih kurang 21/2 cawan. Masukkan semua bahan tumbuk,  bendi , buah tomato, daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  2.  Perasakan dengan garam atau bahan-bahan diatas secukupnya sekiranya tidak mencukupi.
  3. Akhir sekali masukkan ikan. Tunggu hingga ikan masak, angkat dan hidangkan.

Tips:
  1.  Cik Mun suka makan buah tomato yang sudah hancur. Pada yang tidak suka tomatonya hancur sangat boleh masukkan tomato setelah api memasak ditutup.
  2.  Kalu nak pedas, boleh tambahkan cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan