Khamis, 5 September 2013

Sup Ayam Simple Sedap

Ini adalah hidangan simple yang Cik Moon akan sediakan kalau lauk di kedai yang Cik Mooon pergi semuanya pedas-pedas belaka. Selalunya Cik Mooon akan belikan lauk satu atau 2 jenis untuk suami. Tetapi untuk anak-anak, Cik Mooon akan masak sup ayam simple sedap ni. Jom tengok resepi seeprti di bawah ini.



Bahan-bahannya:

3 ketul ayam (agak-agak saiz ayam yang dipotong 12)
1 keping cendawan tiram sederhana besar
3 inci lobak merah
1 biji kentang
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
daun sup dan daun bawang



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk
  2. Masukkan air, lobak merah dan kentang dan tunggu hingga sayur-sayur ini empuk.
  3. Masukkan ayamdan cendawan.
  4. Tunggu hingga ayam empuk.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

2 ulasan:

  1. awak. biasanya masak sup ni berapa lama? saya masak sup sampai skrNg tak grad2 lagi.. mcm mana nak wat ayam jadi lembut? kene masak lama ker?s saya masak selalu ayam keras je..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sup ni Cik Mun masak dalam 15 min je. Selalunya Mun akan tumis sampai naik bau, pastu masukkan air dan sayur2 keras. Mun tak tunggu pun. Pergi mandi je. Bila dah sudah siap mandi sayur dah empuk. Tinggal nak masukkan ayam, cendawan dan garam je.


      Cara nak bagi ayam dimasak lembut pulak, jangan lama-lama sangat masak ayam. Tips, kalau nak test ayam dah masak ke belum, cucuk dengan garpu. Kalau dah garpu tu tembus isi ayam, terus je tutup api. Baru ayam lembut dah masak maknanya.

      Padam