Hati rasa rilex je kali ni kena
tanggung kerja. Almaklumlah. Sebab dah kali ketiga kena tanggung kerja. Kalu
dulu rasa takut-takut le jugak.
Apa yang Cik Mun nak citer ni
bukannya apa. Kalau nak dikira, elaun tanggung kerja tu sepatutnya ¼ daripada
gaji orang yang kita tanggung ker. Kira-kira kalau diikutkan, Cik Mun akan
dapat RM600.00 la setiap bulan untuk elaun tanggung kerja ni. Tapi syarat-syaratnya
perlulah dipatuhi. Antaranya, kena tanggung kerja 28 hari berturut-turut
termasuk cuti 5 hari atas sebab kecemasan/cuti. Tapi sayangnya, memandangkan komitmen terhadap
keluarga, Cik Mun dah pun ambik cuti 2 hari. Sehari sebab menjaga anak kerana
bby sitter Cik Mun tu ada meeting PIBG kat sekolah anak dia. Dan yang satu lagi
sebab cuti sekolah 25.03.2013 ni ada sepupu yang buat kenduri kahwin.
Bayangkan! Cik Mun dah korbankan elaun RM600.00 ni untuk keluarga.
Walau apapun, Cik Mun tidak
menyesal keranan itu pilihan Cik Mun sendiri. Bukan sesapa pun yang paksa.
Ingatlah kawan-kawan semua yang kat luar sana tu, janganlah nak berkira jika
ada sesuatu yang perlu kita hadiri untuk jaga hubungan persaudaraan.
Ingat! Duit boleh dicari tapi
bukan hubungan kekeluargaan. Wassalaam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan