Khamis, 21 Mac 2013

Masak Lemak Kuning Udang Bersama Kacang Pin Dan Carot.

Hari-hari dalam minggu ni Cik Mun buat masak lemak kuning. Nak buat camner. walaupun Cik Mun tak suka, ada ramai peminat kat rumah tu. Buat je lah. Janji orang-orang yang Cik Mun sayang semua puas makan. Ni resepinya. Jom le kalau nak `try'...


Bahan-bahan:

  1. Udang 100 gram
  2. 10-15 batang kacang pin 
  3. 4 inci carot
  4. 300 ml pati santan kelapa
  5. 1 keping asam keping
  6. Garam secukup rasa
  7. Serai*
  8. 2 labu bawang merah kecil*
  9. 1 ulas bawang putih*
  10. 2 biji cili padi*
  11. 2 tangkai cili kering*
  12. 1/2 teh sudu belacan*
Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga hancur.


Cara-cara memasak:
  1. Di dalam satu periuk masukkan bahan tumbuk dan sayur-sayur yang telah dipotong dan dibersihkan.
  2. Tuangkan 200 ml air bersama-sama santan, asam keping dan garam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan udang dan angkat setelah udang nampak kemerahan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
  5. Saiz hidangan untuk 6 orang.  
 Petua:
  1. Jika memasak lauk bersantan, guna api kecil dan selalu mengacaunya bagi mengelakkan santan bergentel/pecah minyak.
  2. Diingatkan juga agar jangan memasak terlalu lama bagi mengelakkan keadaan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan