Gambar 1 : Kalau banyak ni Cik Mun makan sorang pun tak cukup!
Kadang kala, bila teringin nak makan kuih ni kalau bukan bulan puasa kat tempat Cik Mun memang payah nak jumpa. Bayangkan, kalau kita ni sedang mengidam, carik pula tak jumpa.. memang kena tahan kempunan lah jawabnya.
Takpe... toksah nak kempunan sangat. Kita buat je sendiri. Cik Mun masa kecil-kecil dulu `time' bulan puasa mesti kena tolong mak dan kakak-kakak buat kuih ni. Kalau buat pulak tu, mesti sampai sekilo tepung atau mungkin lebih. Dah tu, kalau nak mengentelnya sengsorang berjamlah jawabnya.
Cik Mun ni jenis yang keluarga besar. Kalau nak beli kuih muih kat Pasar Ramadan tu boleh tapi kalau nak beli banyak mesti mahal. Lagi baik buat sendiri. Puas makan. Boleh makan lagi sampai waktu sahur. He he he...
Kalau sesiapa yang nak cuba buat, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni...
Bahan-bahan:
250gm Tepung pulut
air secukpnya untuk menguli
2-3 titik pewarna hijau (green apple)
kelapa parut
garam secukupnya
1 keping gula kabung/gula melaka (yang bentuk bukat tu)
Gambar 2 : Adunan yang telah siap dibentuk dan diletakkan inti disusun di atas
dulang bertabur sedikit tepung.
Gambar 3: Siapkan dulang sebelum buah melaka masak. Senangkan kerja...
Gambar 4 : Buah melaka yang telah masak akan timbul dalam air mendidih.
Cara-cara memasaknya:
- Dalam satu cawan. larutkan pewarna hijau bersama air. Ketepikan.
- Potong gula kabung kecil-kecil berbentuk kiub. Ketepikan.
- Didihkan air di dalam periuk dan sementara itu bentukkan kuih. Ketepikan.
- Sediakan dulang yang telah ditabur dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Letakkan tepung pulut di dalam satu bekas. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil mengulinya.
- Ambil sedikit dan bulat-bulatkan adunan tepung dan letakkan gula kabung di tengahnya. Susun di atas dulang yang ditabur dengan sedikit tepung (untuk elakkannya melekat dengan dulang).
- Masukkan tepung yang telah dibulatkan ke dalam air mendidih dan tunggu hingga kuih melaka timbul di permukaan air. Itu akan menandakannya telah masak.
- Angkat dan letakkan di atas dulang yang ditabur kelapa parut di atasnya. Goyang-goyangkan dulang hingga semua kuih melaka bersalut dengan kelapa tabur tersebut.
- Angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan