Masakan yang Simple Senang Sedap
Dah bosan asyik makan ikan je memanjang minggu ni. Tukar selera pulak. Konpem semua orang tahu nak masak.. Tapi Cik Mun nak menyemak juga `post' kat blog ni... Kot-kot ada yang ketandusan idea nak masak ape malam ni...
Walaupun senang, `simple' dan cepat, habis jugak nasi seperiuk. Magis air tangan isteri, ibu dan wanita bekerjaya ni. Ngeh ngeh ngeh...Tapi kena la ada lauk pauk lain jugak kan...
Resepi `simple' gila macam kat bawah ni...
Bahan-bahannya:
500gm udang sederhana besar
1 biji bawang besar
3 biji cili besar merah
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya
Perasa (Optional)
Minyak secukupnya untuk menumis
Cara-cara Memasaknya:
- Gaulkan udang dengan garam, perasa dan kunyit.
- Gorengkan hingga separuh masak (1-2 minit sahaja)
- Masukkan bawang dan cili besar. Tunggu hingga bawang layu sedikit.
- Angkat dan hidangkan dengan lauk pauk lain dan nasi panas.
Tips masak udang ; Jangan lama sangat menggorengnya atas api. Jika tidak, isi udang akan `overcooked' dan keras bila nak makan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan