Minggu ni sibuk sikit dengan berkebun. malas nak masak. Kalau masak pun yang simple-simple je. Suami Cik Mun memang senang. Kalu Cik Mun tak berapa konfiden lauk yang Cik Mun masak pada hari tu di akan makan atau pun tak, selalunya Cik Mun akan buat sambal kentang ni.
Memancangkan pokok kedondong yang Cik Mun tanam dah besar panjang, daunnya pun galak tumbuh pucuk-pucuk baru. Cik Mun memang patahkan dan ambil pucuk sebab nak galakkan pokok kedondong tu tumbuh bercabang. Biar rimbun sikit.
Pucuk yang dipetik tu,, jangan dibuang. Boleh dimakan. Cik Mun pelbagaikan cara nak makannya dengan letakkan daun tu dalam sambal kentang. Bila dah buat, sedap jugak rasanya...Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok kat bawah ni.
Bahan-bahannya:
2 biji kentang (potong nipis2)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Perasa (optional)
Perasa (optional)
1 cekak pucuk kedondong
Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).
Cara-cara membuatnya:
- Goreng kentang hingga garing kekuningan dan rangup.Angkat dan ketepikan.
- Masukkan semua bahan tumbuk bersama dengan air asam jawa.
- Perasakan dengan garam dan perasa. Tunggu hingga garing. (Masukkan garam sedikit saja kerana ikan bilis sudah sedia masin).
- Masukkan pucuk kedondong dan matikan api.
- Sedia dihidangkan bersama dengan nasi panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan