Isnin, 8 September 2014

Biskut Jejari Nestum Sedap Simple

Bulan Syawal dah lama lepas. Tetapi sekarang ni (14 Zulkaedah) baru la Cik Mun nak `update' kan blog ni yang dah lama bersawang dan ditumbuhi semak samun. Tak apa lah. Nak buat macam mana, kalau tuan punya tanah (blog) ni yang dah kena penyakit M, makanya kena la tunggu sampai rajin ye...

Kuih ni Cik Mun buat sebab banyak sangat coklat yang ada kat rumah masa Ramadan lepas. (gara-gara tamak shopping coklat)  Bahan-bahan yang perlu ada pun simple. Buatnya pun simple dan senang. Cik Mun yang buatnya first time pun menjadi. Untuk bahan-bahan dan cara membuatnya, cekidaut!


Coklat masakan. kalau nak habiskan 1 bungkus roti macam kat bawahj tu, seeloknya kena ada 2 bar. 1 bar beratnya 450gm..
 
Roti sandwich . Jenama lain boleh juga tapi kena yang keras. kalau yang lembik macam gardenia tu kurang sesuai kot. (Tak pernah cuba)

 
Nestum untuk menyalutkan roti dengan coklat. Cik Mun guna lebih kurang dalam 250gm je rasanya untuk habiskan mencelup 1 buku roti...

Roti yang dah dibuang bahagian tepinya, dikerat-kerat dengan saiz yang dikehendaki dan dibakar kejap. (5-8 minit) hingga kekuningan/rangup dengan suhu 160 darjah celcius....
 
Coklat masakan yang di `double boiled' kan.
 
dan hasilnya....
Yeay! Dah siap biskut raya. Sebab sedap ini untuk famly Cik Mun je...tak angkat kat tetamu. 
(Tu yang ustaz marah tu...)


Semua bahan-bahan untuk resepi ni, takde nak Cik Mun beriya nak catat perlukan berapa banyak. Sebab Cik Mun pun main agak-agak je...
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan