Rabu, 17 September 2014

Santai Di Sungai Lawin

Godek punya godek gambar lama-lama yang ada dalam simpanan ada pulak gambar tahun yang lepas ni. Tengok wajah anak-anak rasa kelakar pun ada. Dengan zaman jahiliyah Cik Mun yang tak pakai tudung pun ada. Tapi takpe, Cik Mun dah `pakaikan' tudung pada gambar ni.

Kalau nak tahu, lokasi sungai Lata Ulu Lawin ni dekat sangat dengan rumah Cik Mun. Sebab tu lah Cik Mun pergi ke situ selambanya dengan berkain batik saja. Belakang rumah je, takyah nak melawa..(Kata En. Hasben). 

Antara gambar-gambar koleksi yang ada, Cik Munnak share kat dalam bog ni. Rasanya satu hari nanti, kalau Abang Iskandar dan Adik Iman tengok, apa reaksi mereka ye?


 Cik Moon dan anak sedara, Aisyah. Masa ni mungkin umur dia 1 tahun setengah kot.

 Penat juga. Nak jaga Iskandar lagi, Aisyah lagi. Adik Iman mana?

 Nasib baik papa Zaidi datang tolong. Mami tak datang. Penat kot sebab baru lepas kimoterapi kanser. Papa yang kena jaga Aisyah. Takpe, Maklang Mun tolong jaga jugak.

 Abang Airil dok jaga Abang Iskandar main sungai. Sayang jugak dia kat Iskandar! He he he...

 Dah penat mandi, buat istana pasir pulak. Iskandar punya skill buat kolam ikan.

 Yang main bola dalam air pun ada jugak. Aapa-apa je la...

 Tenang dan sejuk mata memandang...

 Toilet disediakan. Tempat berteduh kalau hujan dan kalau nak buat aktiviti pun boleh.

Kembar lain mak, lain bapak. Adik Iman dan Aisyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan