Jumaat, 12 September 2014

Sotong Sweet Sour Sama Kacang Panjang

Walaupun sotong dalam rumah Cik Mun ni kuran mendapat sambutan, tapi kadang-kadang tu Cik Mun teringin jugak nak makan. Kedai-kedai makan  kat tempat Cik Mun ni jarang sikit nak buat masakan sotong. Tak berbaloi katanya, Nak jual berapa pun tak tahu sebab harga sorong sendiri pun dah mahal katanya.

 Inilah hasil masakan Cik Mun pada hari minggu yang lepas. Lepas la hajat nak makan.
 
Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni...


Bahan-bahan
250 gm sotong (anggraan 5-6 ekor sederhana kecil) 
2 jalur kacang panjang
air asam jawa secukupnya
garam secukupnya
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  2. Masukkan sotong, air asam jawa, gula puti hingga cukup rasanya.
  3. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih, gula merah dan garam secukupnya. Tunggu hingga bahan kisar sedikit kering/pecah minyak. Boleh juga kalau tak nak pecah minyak sekiranya suka masakan ni berkuah.
  4. Akhir sekali masukkan kacang panjang. (Cik Mun sukakan kacang yang mentah sikit2 baru rangup). Kalau nak empuk, boleh tunggu lama sikit sebelum angkat)
  5. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan