Perasaan
malas masak menguasai diri ini. Perasaan malas nak pergi ke kedai beli
lauk siap pun ada jugak. Pendek kata sekarang ni Cik Mun memang malas
tahap gaban sangat. Maka, terhasillah masakan yang senang sangat ni...
Bahan-bahan
tumbuk ni memang dah lama Cik Mun buat. Minggu lepas lagi. Al kisahnya
Cik Mun bersihkan kawasan belakang rumah. Tempat semua tananam herba
ditanam. Banyak serai yang Cik Mun dapat. Ada yang disedekahkan pada
jiran-jiran dan selebihnya Cik Mun buat awas untuk simpanan Cik Mun
gunakan bila nak masak. Selain daripada rumpunan serai yang Cik Mun
bersihkan, Cik Mun korek jugak lengkuas dan bersihkan apa-apa lagiyang
patut.
Ok lah.
Dah banyak sangat serai dan lengkuas, Cik Mun pun buat awas yang mana
awas tu sesuai untuk guna untuk buat pelbagai jenis masakan. Antara
masakan yang sempat Cik Mun buat seperti kat bawah ni. Kalau nak tahu bahan-bahan dan cara memasaknya, tengok kat bawah ni...
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (450gm)2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji kentangsecekak soo un
300ml pati santan1
batang serai (dititik)*
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh
tambah lagi)*
¼
sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*1
ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas *
perasa (optional)
Cara-cara memasaknya:
- Dalam satu bekas, satukan semua bahan yang bertanda * dengan kentang dan ayam.
- Tunggu hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan soo un dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan