Cik Mun sekarang ni sedang berusaha mencari sayur yang sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang sedang ada anak kecil. Almaklumlah masa Cik Mun masak ni semalam, putera bongsu/kedua baru berusia1 tahun 7 bulan. Maknanya baru 1 tahun 7 bulan lah Cik Mun baru lepas bersalin. Mungkin badan ni masih lemah/tak mampu nak makan sayur yang sejuk/berangin. Wallahualam. Tapi kata orang-orang tua, pucuk paku ni sejuk saja. Cik Mun pun dah makan beberapa kali dan `ok' saja badan. Cuma yang tak tahannya ialah sayur kubis. Bila digagahkan makan juga, Cik Mun akan demam dan penyakit asma datang menyerang. Itu saja sayur yang Cik Mun pantang lagi tak nak makan. Sayur-sayur yang lain Cik Mun tak berapa berani nak cuba lagi. Tengok lah, bila anak dah besar sikit kot baru nak cuba. Reseoinya seperti di bawah ini.
Bahan-bahannya:
Secekak pucuk paku
1/3 genggam ikan bilis*
3-5 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)*
3 ulas bawang kecil (merah)*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh belacan*
Semua bahan bertanda * ditumbuk bersama-sama.
Cara Memasak:
- Tumiskan semua bahan tumbuk.
- Setelah itu masukkan pucuk paku yang telah dipotong dan perasakan dengan garam. (Kurangkan garam kerana ikan bilis pun telah menyumbangkan rasa masin kepada sayur dimasak)
- Masukkan sedikit air sebagai kuah.
- Tunggu hingga sayur empuk. Angkat dan hidangkan.
Petua:
Bagi orang yang sakit urat tapi nak makan juga pucuk paku ni, tambahkan sedikit lada hitam bagi mengurangkan kesan sejuk/sakit urat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan