Selasa, 17 September 2013

Kuetiaw Goreng Meriah Udang dan Daging

Keu tiaw ni Cik Mooon buat sempena Cik Mooon berpuasa. Konon-konon nak makan masa berbuka. Tapi dek kekenyangan, Cik Mooon makan buat supper sebelum tidur je. Mana la tak gemuknya. Meriah sesangat kue tiaw ni sebab udangnya banyak sangat. Tapi puas hati sebab dapat makan banyak udang. Kalau tak, berebut saja kalau sikit diletak dalam masakan. Resepi seperti di bawah ini kalau nak cuba.


Bahan A:

250 gm kue tiaw
100 gm daging
100 gm udang
sedikit taugeh
sedikit kucai
4-5 tangkai cili kering*
2 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 keping tauhu (dihancurkan untuk memekatkan/menyalutkan kuetiaw)


Bahan B
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah/gula perang
garam secukup rasa
1/4 kiub ayam maggie
1 keping asam gelugur


Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan bertanda * hingga naik baunya.
  2. Masukkan bahan B dan tunggu hingga sedikit kering.
  3. Seterusnya masukkan daging, udang, tauhu yang dihancurkan, sedikit air dan asam keping. Tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali masukkan kuetiaw bersama taugeh dan kucai. Siap!
Saiz hidangan untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan