Selasa, 10 September 2013

Kue Tiaw Simple Sure Tak Gatal




Bahan-bahannya:

250 gm kuetiaw
sedikit sayur kucai
sedikit taugeh
1 1/2 keping fish cake
1/2 keping taufoo
2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
3 biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas
1 sudu besar tomato paste#
1 sudu besar sos tiram#
1 sudu besar kicap pekat#
1 sudu besar gula putih#
1 sudu teh gula merah#
1/4 kiub ayam maggie
1/2 keping taufoo#  (hancurkan lumat - untuk memekatkan kuah/sebagai salutan kepada kue tiaw)
Garams ecukup rasa
Minnyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk beserta fish cake yang telah dipotong. Tunggu hingga naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan bertanda # dan sedikit air sebagai kuah.
  3. Apabila semua bahan sudah mendidih, letakan kue tiaw, kucai dan taugeh.
  4. Matikan api setelah sebati dikacau dalam kuali.
  5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.



2 ulasan:

  1. wow.mcm sedap je.terliur pulak.anyway bekas hijo cik mun tu cantek la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time kasih....tu bekas bekal. Iskandar nak bawa bekal g umah pengasuh die...

      Padam