Rabu, 18 September 2013

Daging Bercendawan Butang

Pada asalnya Cik Mun nak masak daging kari. Tapi ntah kenapa daging ni jadi daging bercendawan butang pulak. Itu lah jadinya bila barang yang dibeli lebih awal. Tapi bila nak masak, terasa nak makan benda lain pulak. Alhamdulillah la sebab Cik Mun ni jenis orang yang semua bahan basah selalu `stanby' dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan apa-apa je, terus ambil dan masak je. Kalau baru nak masak baru nak pergi kedai, alamat berderet la rakyat jelata yang nak ikut. Sudahnya, masak ke mana, duit yang dibawa nak beli barang kena bali mainan pulak anak-anak pula. `Anyway', terasa kembang Cik Mun bila encik suami puji masakan ni special dan sedap. Sampai tak cukup diratahnya dia berdua dengan putera sulung kami tu.Kalau nak `try' resepinya seperti di bawah ni.


Bahan Mentah:

100gm daging 
100gm cendawan butang 
1 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung

 1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar  minyak bijan/ `sesamee oil' (optional)'


Cara-cara memasaknya:
  1. Dengan menngunakan minyak masak biasa (anggaran 2 sudu besar), tumiskan bawang putih yang diketuk, bawang merah yang dipotong bulat bersama dan kentang  yang dipotong nipis hingga bawang bewarna kekuningan/naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan sos dengan tepung  jagung hendaklah dibancuh dengan sedikit air sebagai kuah. 
  3. Setelah itu, masukkan daging, cendawan butang dan tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan lada hitam, minyak bijan dan garam secukupnya.
  5.  Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.


Tips: 
  1. Cik Mun masak sekejap sahaja dengan anggaran 15 minit. Daging yang yang Cik Mun beli adalah daging lembu batang pinang, tiada lemak/urat. Cik Mun potong arah bertentangan dengan arah urat dan ini menyebabkan daging cepat masak.
  2. Kalau nak cepat lagi masa, gunakan periuk vision ataupun kuali/periuk tekanan dan tudung masakan semasa memasaknya. Tapi Cik Mun tak tudung pun daging dah lembut sebab guna periuk vision.
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan