Ikan Rebus Taucoo ni memang menjadi kegemaran anak-anak Cik Mooon. Kalau dibuat bertambah-tambah la nasi si putera sulung Cik Mooon tu. Adiknya pun sama. Cik Mooon pun yang asalnya bukan penggemar masak taucoo ni pun turut dah suka pulak. Cumanya yang tak best kalau makan Cik Mooon masak selalunya kena kurangkan pedas. Tu lah sebabnya cili padi yang Cik Mooon gunakan tidak ditumbuk.
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung rebus (saiz sederhana)
2 inci timun muda
3 biji cili padi / Tambah lagi jika mahu pedas/boleh gantikan dengan cili besar yang dipotong
1 labu bawang besar
2 sudu besar taucu
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara Memasaknya:
- Bersihkan ikan rebus dan goreng sebentar (tidak terlalu garing)
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong bulat hingga naik baunya.
- Masukkan taucoo dan tunggu hingga naik bau juga.
- Masukkan air bancuhan asam jawa, ikan rebus, gula dan garam secukup rasa.
- Tunggu hingga mendidih dan masukkan cili padi sebelum tutupkan apinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan