Ahad, 29 September 2013

Kek `Cup' Coklat

Kek cup ni Cik Mun buat sempena ada makan-makan di pejabat. Seorang kawan Cik Mun akan berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Senang saja nak membuatnya. Cik Mun gunakan sukatan cawan sahaja. Cawan yang digunakan pulak ialah jenis argopal yang bewarna putih jernih tu. Ada juga yang bewarna kuning pekat sikit. Tapi kalau nak guna cawan lain pun boleh juga. Cuma kena `adjust  baking powder' dan `soda bikarbonat' lah ye...Resepi dan cara memasaknya adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula putih
1 cawan  susu pekat
1 cawan susu cair (lemak)
1 cawan minyak masak/mazola
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 biji telur gred A
 

Cara-cara memasaknya adalah seperti di bawah beserta dengan gambarnya.


Satukan semua bahan dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. Tepung diletakkan sikit demi sedikit bagi mengelakkannya berketul-ketul dan memudahkan sebatian.


Adunan yang telah siap diletakkan di dalam `cup'. Cik Mun gunakan `base' ni bagi mengawal kek cup ni agar kek masih cantik/tidak `over' kembang bentuknya bila siap dimasak.


 `kek cup' yang telah siap dibakar.


Ini untuk keluarga...


  Ini `kek cup' yang siap diisi dalam bekas untuk dibawa ke pejabat. 
Untuk kawan-kawan!



Sabtu, 21 September 2013

Sayur Pucuk Paku Belacan Lagi...

  Cik Mun sekarang ni sedang berusaha mencari sayur yang sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang sedang ada anak kecil. Almaklumlah masa Cik Mun masak ni semalam, putera bongsu/kedua baru berusia1 tahun 7 bulan. Maknanya baru 1 tahun 7 bulan lah Cik Mun baru lepas bersalin. Mungkin badan ni masih lemah/tak mampu nak makan sayur yang sejuk/berangin. Wallahualam. Tapi kata orang-orang tua, pucuk paku ni sejuk saja. Cik Mun pun dah makan beberapa kali dan `ok' saja badan. Cuma yang tak tahannya ialah sayur kubis. Bila digagahkan makan juga, Cik Mun akan demam dan penyakit asma datang menyerang. Itu saja sayur yang Cik Mun pantang lagi tak nak makan. Sayur-sayur yang lain Cik Mun tak berapa berani nak cuba lagi. Tengok lah, bila anak dah besar sikit kot baru nak cuba. Reseoinya seperti di bawah ini.

Bahan-bahannya:
Secekak pucuk paku
1/3 genggam ikan bilis*
3-5 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)*
3 ulas bawang kecil (merah)*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh belacan*
Semua bahan bertanda * ditumbuk bersama-sama.
Cara Memasak: 

  1. Tumiskan semua bahan tumbuk.
  2. Setelah itu masukkan pucuk paku yang telah dipotong dan perasakan dengan garam. (Kurangkan garam kerana ikan bilis pun telah menyumbangkan rasa masin kepada sayur dimasak)
  3. Masukkan sedikit air sebagai kuah. 
  4. Tunggu hingga sayur empuk. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.


Petua: 

Bagi orang yang sakit urat tapi nak makan juga pucuk paku ni, tambahkan sedikit lada hitam bagi mengurangkan kesan sejuk/sakit urat.

Jumaat, 20 September 2013

Bihun Goreng Simple Giler


Entri ni adalah masakan yang Cik Mun masak pada ari Khamis yang lepas. Konon-kononnya nak buat makan semasa sahur. Pukul 5 pagi Cik Mun masak. Tapi dek kerana nak tunggu makan bila sejuk, terleka Cik Mun buat kerja rumah sampaikan azan dah berbunyi. Sudah-sudahnya, cancell puasa, buat bekal ke pejabat sahaja. Resepinya senang sahaja, tak berat sangat dan amat sesuai dengan orang yang ada alergik kepada makanan yang gatal. Jemputlah tengok resepi seperti yang di bawah ni.


Bahan-bahan

210gm bihun
2 keping` fish cake'
Daun bawang
Daun sup

2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
5biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas

Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat

Bahan sos

2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar gula putih
1/2 sudu teh gula merah
1/4 kiub ayam maggie
Garam secukup rasa
Minyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:

  1. Goreng` fish cake' dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan air (anggaran 1 cawan/150ml) untuk melembutkan bihun.
  4. Masukkan bihun dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.
  5. Akhir sekali, taburkan daun bawang,daun sup dan `fish cake'.
  6. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan untuk 2 orang.

Rabu, 18 September 2013

Daging Bercendawan Butang

Pada asalnya Cik Mun nak masak daging kari. Tapi ntah kenapa daging ni jadi daging bercendawan butang pulak. Itu lah jadinya bila barang yang dibeli lebih awal. Tapi bila nak masak, terasa nak makan benda lain pulak. Alhamdulillah la sebab Cik Mun ni jenis orang yang semua bahan basah selalu `stanby' dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan apa-apa je, terus ambil dan masak je. Kalau baru nak masak baru nak pergi kedai, alamat berderet la rakyat jelata yang nak ikut. Sudahnya, masak ke mana, duit yang dibawa nak beli barang kena bali mainan pulak anak-anak pula. `Anyway', terasa kembang Cik Mun bila encik suami puji masakan ni special dan sedap. Sampai tak cukup diratahnya dia berdua dengan putera sulung kami tu.Kalau nak `try' resepinya seperti di bawah ni.


Bahan Mentah:

100gm daging 
100gm cendawan butang 
1 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung

 1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar  minyak bijan/ `sesamee oil' (optional)'


Cara-cara memasaknya:
  1. Dengan menngunakan minyak masak biasa (anggaran 2 sudu besar), tumiskan bawang putih yang diketuk, bawang merah yang dipotong bulat bersama dan kentang  yang dipotong nipis hingga bawang bewarna kekuningan/naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan sos dengan tepung  jagung hendaklah dibancuh dengan sedikit air sebagai kuah. 
  3. Setelah itu, masukkan daging, cendawan butang dan tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan lada hitam, minyak bijan dan garam secukupnya.
  5.  Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.


Tips: 
  1. Cik Mun masak sekejap sahaja dengan anggaran 15 minit. Daging yang yang Cik Mun beli adalah daging lembu batang pinang, tiada lemak/urat. Cik Mun potong arah bertentangan dengan arah urat dan ini menyebabkan daging cepat masak.
  2. Kalau nak cepat lagi masa, gunakan periuk vision ataupun kuali/periuk tekanan dan tudung masakan semasa memasaknya. Tapi Cik Mun tak tudung pun daging dah lembut sebab guna periuk vision.
 





Selasa, 17 September 2013

Kuetiaw Goreng Meriah Udang dan Daging

Keu tiaw ni Cik Mooon buat sempena Cik Mooon berpuasa. Konon-konon nak makan masa berbuka. Tapi dek kekenyangan, Cik Mooon makan buat supper sebelum tidur je. Mana la tak gemuknya. Meriah sesangat kue tiaw ni sebab udangnya banyak sangat. Tapi puas hati sebab dapat makan banyak udang. Kalau tak, berebut saja kalau sikit diletak dalam masakan. Resepi seperti di bawah ini kalau nak cuba.


Bahan A:

250 gm kue tiaw
100 gm daging
100 gm udang
sedikit taugeh
sedikit kucai
4-5 tangkai cili kering*
2 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 keping tauhu (dihancurkan untuk memekatkan/menyalutkan kuetiaw)


Bahan B
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah/gula perang
garam secukup rasa
1/4 kiub ayam maggie
1 keping asam gelugur


Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan bertanda * hingga naik baunya.
  2. Masukkan bahan B dan tunggu hingga sedikit kering.
  3. Seterusnya masukkan daging, udang, tauhu yang dihancurkan, sedikit air dan asam keping. Tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali masukkan kuetiaw bersama taugeh dan kucai. Siap!
Saiz hidangan untuk 2 orang.

Isnin, 16 September 2013

Masak Tumis Air Pucuk Salam


Masak tumis air pucuk salam ni simple sangat. Cik Mun terperasan yang berat badan dah bertambah. Kena lah banyakkan makan sayur dan kurangkan karbohidrat. Saja je Cik Mun masak sayur lebih banyak. Sebelum makan nasi, Cik Mooon akan ratah sayur dulu. Jadinya, kurang la nasi yang Cik Moon makan sebab dah kenyang makan sayur. Anak-anak Cik Mooon pulak boleh makan jugak sebab ianya tak pedas langsung. Resepi seperti di bawah ini. Tapi gambar kat atas tu maaf la sebab agak kabur. Silap setting kamera.


Bahan-bahan

Secekak daun salam
8-10 ekor ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
sedikit fucuk
sedikit soo un
4-5 biji fishball
1 biji ubi keledek


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah kecil bersama terus dengan fishball dan ikan bilis hingga naik bau. (Anggaran minyak 2 sudu besar)
  2. Masukkan air, daun salam, fucuk, ubi keledek dan soo un. Tunggu hingga semuanya empuk dan barulah perasakan dengan garam.
  3. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang.

Jumaat, 13 September 2013

Beli Pokok Amra

 Ni Pokok Amra yang Cik Mooon baru beli di pasar Lenggong. Siap berbalut lagi bukti baru lepas beli. Hahaha...Beli pagi-pagi masa Pasar Khamis tapi terlupa nak bawa balik. Nasib baik masa Hari Jumaat tu teringat. Konon konon nya Cik Mooon nak berkebun lah pada hari cuti minggu ni. Tapi tak 
tahu samaada tercapai ataupun tak cita-cita murni Cik Mooon ni.

Ini gambar dari dekat daun amra ni. Kalau dibuat ulam pun sedap jugak pucuknya. Tapi tak tahu lah samaada ianya bersifat sejuk ataupun berangin. Cik Mooon ni kalau makan makanan yang sejuk karang datang bali la asma. Kalau berangin pulak, sakit la perut memulas-mulas... Dah umur makin meningkat ni macam-macam ragamnya. Tapi itu lah yang buat Cik Moon serasi dengan ayah mentua. 
Sebab sama saja fiilnya.

Khamis, 12 September 2013

Sayur Bayam Bersama Cendawan Tiram



Bahan-bahan

500gm bayam merah
150gm cendawan tiram
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Kiub ikan bilis (optional)

Cara-cara memasak
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga naik baunya.
  2. Masukkan bayam dan prasakan dengan garam dan kiub ikan bilis.
  3. Tutup api setelah sayur bayam lembut.

Saiz hidangan untuk 3 orang.

Rabu, 11 September 2013

Sambal Ikan Bilis Bertempe Lagi...

Cuti minggu Cik Mooon akan diserikan dengan air tangan Cik Mooon. Sabtu kelmarin Cik Mooon buat nasik lemak bersambalkan ikan bilis bertempe. Rangup krup krap krup krap ikan bilisnya. Tempe pulak lebut sikit, amat sesuai sangat untuk bapak mentua kurang giginya. Cik Mooon, suami dan anak-anak sukakan ikan bilis yang rangup je...Anak Cik Mooon yang sulung pun makan sebab tak pedas sangat. Saja je Cik Mooon letak banyak bawang besar, kurangkan cili sebab memang tak suka makan pedas. Meh tengok resepinya.

Bahan-bahan

200 gm Ikan bilis
200 gm tempe
15-20 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 sudu gula putih*
1/2 sudu gula merah/gula perang*
1/2 sudu teh belacan (Kalau tak letak pun xpe)*
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Cara Memasaknya

  1. Goreng ikan bilis dan tempe secara berasingan hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan blender bertanda * hingga naik baunya dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. tunggu hingga pecah minyak/kering air asam jawa.
  4. Masukkan tempe dan ikan bilis. Siap!
Saiz hidangan untuk 4 orang.


Gambar-gambar lain Cik Mooon taks empat tak tangkap. Nasik lemak, telur dan papadom dah masuk dalam perut dah. Tunggu nasik lemak versi lengkap Cik Mooon la baru complete okey....

Selasa, 10 September 2013

Kue Tiaw Simple Sure Tak Gatal




Bahan-bahannya:

250 gm kuetiaw
sedikit sayur kucai
sedikit taugeh
1 1/2 keping fish cake
1/2 keping taufoo
2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
3 biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas
1 sudu besar tomato paste#
1 sudu besar sos tiram#
1 sudu besar kicap pekat#
1 sudu besar gula putih#
1 sudu teh gula merah#
1/4 kiub ayam maggie
1/2 keping taufoo#  (hancurkan lumat - untuk memekatkan kuah/sebagai salutan kepada kue tiaw)
Garams ecukup rasa
Minnyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk beserta fish cake yang telah dipotong. Tunggu hingga naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan bertanda # dan sedikit air sebagai kuah.
  3. Apabila semua bahan sudah mendidih, letakan kue tiaw, kucai dan taugeh.
  4. Matikan api setelah sebati dikacau dalam kuali.
  5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.



Isnin, 9 September 2013

Sayur Tumis Taugeh Dan Kucai

Masakan sayur yang paling senang dan simple. Mestilah jenis yang tumis-tumis je...Taugeh dan kucai ni memang jadi pilihan. Suami Cik Mun punya `favourate' la ni... lagi satu kangkung dan pucuk paku goreng belacan. Kalau sayur-sayur ni kompem abis. Resepi seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 segenggam taugeh
sedikit kucai
2 papan `fish cake'
1 biji cili kering
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah


Cara-cara memasaknya:
  1. Tumiskan ikan bilis, isi ikan, bawang merah, bawang putih yang dimayang halus hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan cili kering, kucai dan taugeh dan sedikit air untuk kuahnya. Tunggu hingga air mendidih/sayur taugeh empuk. (Cukup sekadar 2-3 minit kerana taugeh cepat empuk)
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Angkat dan hidanglan dengan nasi panas dan ikan goreng kunyit.
Saiz hidangan adalah untuk  2 orang

Masak Lemak Putih Daun Salam


Sayur yang dah tinggal separuh. Nasib baik masih berbaki  lagi untuk
diambil gambarnya...huhuhu...


Masak lemak Putih Daun Salam ni Cik Mun masak ringkas saja. Main campak campak saja. Tadi pagi kantin tempat Cik Mooon kerja tutup. Dah tak tahu nak beli lauk pauk makan malam kat mana, terdetik hati ni rasa nak makan masak lemak putih. Kebetulan pula masa Cik Mooon pergi pasar ternampak pulak daun salam ni. Maka lahirlah resepi ni. Kalu nak sedap, makan bersama nasi panas, ikan temenung nipis goreng atau ikan masin kedera. Ditambah pula dengan sambal tempoyak. 


Bahan-bahan

Secekak daun salam
200ml santan pekat
sedikit soo un
sedikit fucuk (soya berbentuk kertas tetapi keras)
1 biji kecil ubi keledek merah
1 biji bawang merah kecil
8-10 ekor Ikan bilis


Cara-cara memasaknya:

  1. Didihkan air bersama dengan ikan bilis, soo un, fucuk, ubi keledek yang dipotong bulat dan daun salam  yang telah dipotong. Tunggu hingga daun salam lembut dan bahan-bahan rebus dan lain lembut.
  2. Masukkan santan, garam secukup rasa dan kacau selalu bagi mengelakkannya bergental.
  3. Angkat dan hidangkan.

Saiz hidangan untuk 4 orang.


Ini hidangan sampingan yang Cik Mooon masak, ikan temenung goreng kunyit beli 6 ekor baru $2.80 tapi kalau beli yang dah siap $9..00, masak sendiri lagi jimat. Perasan tak ada nampak gambar tangan. Putera sulung Cik Moon dah tak sabar-sabar nak makan. Itu lah tangan dia. Kah kah kah!



Lepas tu ditambah lagi pula dengan sambal tempoyak. Kasi kaw sikit.


Ahad, 8 September 2013

Rendang Ayam Ala-ala Satay

Rendang ayam ala-ala satay ni Cik Mooon buat bila rasa malas masak ni terbit. Rempah ratus yang nak digunakan sebagai bahan utamanya ni memang selalu ada dalam peti sejuk Cik Moon blender dan simpan dalam tempat sejuk beku. Boleh tahan sampai 3 bulan. Bila nak pakai, ambil je sikit-sikit. Tambahkan bahan-bahan lain dan dah siap. Yang penting, bila balik dari kerja masih sempat nak masak dengan waktu yang singkat dan sedap pulak tu. Resepi seperti di bawah ini.


Bahan-bahan (1) - Blender:

2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk teh jintan putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 sudu besar gula putih
Cili kering 6-8 tangkai (kalau nak pedas boleh tambah lagi cili padi)
Garam secukup rasa
Perasa seperti ajinomoto/kiub ayam (optional)
1/2 sudu serbuk kunyit


Bahan-bahan (2)

Ayam 1/2 ekor (sederhana besar potong 6)
Daun kunyit diracik/siat sahaja
4 sudu besar kerisik
200ml santan pekat


Cara Memasaknya:

  1. Dalam satu kuali campurkan bahan blender (Bahan-bahan1) bersama bahan-bahan (2). Masak semuanya hingga harum. 
  2. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan masin goreng.
  3. Saiz hidangan untuk 6 orang.

Tips : 
Semua bahan-bahan blender diatas  boleh disimpan hingga 3 bulan di tempat sejuk beku. Cik Moon boleh buat banyak-banyak masa cuti hminggu dan simpan. Bila balik dari kerja je boleh terus masak. Ini menjimatkan masa sebab Cik Mooon tak perlu lagi susah-susah nak sediakan rempah ratusnya. Main campak-campak je dah siap....

Apa yang mesti disediakan cuma bahan 2 sahaja. ...kalau bahan 1 memang dah ada.


Sabtu, 7 September 2013

Ikan Rebus Masak Taucoo Bersama Timun Muda.

Ikan Rebus Taucoo ni memang menjadi kegemaran anak-anak Cik Mooon. Kalau dibuat bertambah-tambah la nasi si putera sulung Cik Mooon tu. Adiknya pun sama. Cik Mooon pun yang asalnya bukan penggemar masak taucoo ni pun turut dah suka pulak.  Cumanya yang tak best kalau makan Cik Mooon masak selalunya kena kurangkan pedas. Tu lah sebabnya cili padi yang Cik Mooon gunakan tidak ditumbuk.


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung rebus (saiz sederhana)
2 inci timun muda
3 biji cili padi / Tambah lagi jika mahu pedas/boleh gantikan dengan cili besar yang dipotong
1 labu bawang besar
2 sudu besar taucu
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasaknya:
  1. Bersihkan ikan rebus dan goreng sebentar (tidak terlalu garing)
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong bulat hingga naik baunya.
  3. Masukkan taucoo dan tunggu hingga naik bau juga.
  4. Masukkan air bancuhan asam jawa, ikan rebus, gula dan garam secukup rasa.
  5. Tunggu hingga mendidih dan masukkan cili padi sebelum tutupkan apinya.
Saiz hidangan  untuk 3 orang.

Jumaat, 6 September 2013

Kangkung Goreng Sambal Belacan

Asyik-asyik Cik Mun ni buat goreng belacan je....Nak buat macam mana, ini je sayur yang
laris dalam `family' bila dimasak. konpem abis punya... 
resepi ini adalah seperti di bawah...


Bahan-bahannya:

Secekak kangkung
1/2 genggam ikan bilis*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah kecil*
2 biji cili padi (boleh tambah lagi jika suka pedas)*
1 sudu besar paste cili kering
1/2 inci belacan
1 sudu cuka makan

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).

 
Cara memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
  2. Masukkan kangkung dan tunggu hingga empuk.
  3. Perasakan dengan cuka makan dan garam.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas dan ikan masin.


 


Sotong Sweet Sour Simple Bertomato

 Sotong Oh Sotong! sedap sangat.....! Sotong masak sweet sour hasil tangan Cik Moon
untuk keluarga tercinta...


Bahan-bahan:

250gm / Sotong 6-7 ekor (sederhana besar)
Garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya
8-10 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 sudu teh belacan*
1 sudu besar gula putih*
1/2 sudu gula merah*
1 biji tomato*
Air secukupnya*

Semua bahan-bahan bertanda * diblender bersama-sama


Cara Memasak:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan gula putih, gula merah dan garam secukup rasa. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong, air asam jawa dan tunggu hingga empuk.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Tips: Bahan blender boleh dibuat lebih awal/hari minggu. Bila waktu balik dari kerja, boleh terus sahaja masak dan ini boleh menjimatkan masa. Tapi jangan lupa simpan bahan blender ni dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan atau lebih. Tapi kalau kat rumah Cik Mooon, bahan blender ni selalu pun ada kat dalam peti ais tempat sayur/tempat biasa tu...



Khamis, 5 September 2013

Sup Ayam Simple Sedap

Ini adalah hidangan simple yang Cik Moon akan sediakan kalau lauk di kedai yang Cik Mooon pergi semuanya pedas-pedas belaka. Selalunya Cik Mooon akan belikan lauk satu atau 2 jenis untuk suami. Tetapi untuk anak-anak, Cik Mooon akan masak sup ayam simple sedap ni. Jom tengok resepi seeprti di bawah ini.



Bahan-bahannya:

3 ketul ayam (agak-agak saiz ayam yang dipotong 12)
1 keping cendawan tiram sederhana besar
3 inci lobak merah
1 biji kentang
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
daun sup dan daun bawang



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk
  2. Masukkan air, lobak merah dan kentang dan tunggu hingga sayur-sayur ini empuk.
  3. Masukkan ayamdan cendawan.
  4. Tunggu hingga ayam empuk.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

Rabu, 4 September 2013

Kari Nangka Muda Bersama Ikan Bilis

Cik Mun selama hari ni tak pernah buat kari nangka. Tetapi masa lalu kat pasar tadi ternampak nangka pulak la. Tetiba je rasa terliur nak makan. Masa beli tu memang tanya selain daripada kari boleh buat apa lagi dengan nangka ni. Makcik nangka tu cakap masak lemak kuning pun sodapppp! Hahahaha... 
nanti-nanti Cik Mun cuba masak pula masak lemak kuning ye.. tapi sekarang nak `test' 
kari dulu. Resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahanya:

5-6 kiub nangka muda (dipotong kiub 3 inci persegi)
Segenggam ikan bilis
1 paket serbuk kari - ikan
300ml Santan pekat
2 ulas bawang putih
3 labu bawang kecil
1 tangkai daun kari
1 keping asam jawa

Cara-cara Memasaknya:
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga naik baunya.
  2. Masukkan serbuk kari bersama daun kari hingga naik baunya. Hati-hati, jangan sampai serbuk kari ini hangit.
  3. Masukkan air, nangka muda dan ikan bilis. Tunggu hingga empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan santan dan perasakan dengan garam dan asam secukup rasa.
  5. Hidangkan bersama ikan goreng kunyit dan nasi panas..
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Sambal Ikan Bilis Dan Petai


Sedapnya kalau makan dengan nasik lemak. Kalau makan dengan roti putih pun ok...
Ni resepinya. Favourate Adik Ipar Cik Moon ni...kalau terkecoh-kecoh baru balik dari kerja, resepi yang mudah cam gini lah yang akan Cik Moon buat. Main campak-campak je tapi sedap jugak la...


Bahan-bahan

50g ikan bilis
12-15 mata petai
asam jawa
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  2. Masukkan ikan bilis dan petai.
  3. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih dan gula merah.
  4. Tunggu hingga agak empuk sedikit petai dan angkat.
  5. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.



Selasa, 3 September 2013

Bubur Jagung Berpulut

Post ni merupakan masakan Cik Mooon yang sebenarnya pada masa tu Cik Moon teringin sangat nak makan pulut lemang yang di dalamnya ada jagung. Tapi memandangkan proses yang nak membuatnya yang rumit memerlukan buloh lemang dan kena bakar kat luar rumah berbagai, makanya Cik Mooon  pun terfikirlah idea ni yang masak je pulut dan jagung sekali dalam satu periuk. Hasilkan... Tada.... bubur jagung berpulut pada 17 Syawal 2013.
 
 
Bahan-bahannya :
 
2 tongkol jagung 
200 ml santan pekat
1 helai daun pandan
Segenggam beras pulut
2 sudu besar gula putih
1 sudu teh garam
 
 
Cara-cara Memasaknya:
  1. Beras pulut direndam terlebih dahulu selama lebih kurang 1/2 jam.
  2. Dalam satu bekas, satukan beras pulut yang telah ditoskan bersama jaguang yang telah dihiris dari tongkolnya.
  3. Masukkan air (anggaran 150ml) bersama dengan garam dan gula putih dan tunggu hingga mendidih.
  4. Seterusnya masukkan santan dan daun pandan (dikoyak sedikit) seterusnya kecilkan api.
  5. Kacau selalu bagi mengelakkan santan daripada bergentel / pecah minyak.
  6. Angkat dan hidangkan setelah jagung empuk/masak.
 
 Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.
 



Udang Sweet Sour Dan Petai



Sedapnye bukan main lagi. Tapi malangnya masakan ni Cik Moon tak boleh nak makan banyak-banyak. Entah kenapa Cik Mooon akan sakit perut memanjang je kalau makan petai. Tapi lantaklah. kalau sikit sakit tu, sesekali `mencemar duli ' katakan... 


Bahan-bahan:

100gm udang (8-9 ekor) bersaiz sederhana
petai 10-12 mata 
1/2 sudu  gula merah
1/2 sudu gula putih
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
8-10 tangkai cili kering*
1 labu besar bawang besar*
1 bii bawang kecil*
2 ulas bawang putih*

 Bahan-bahan bertanda * ditumbuk/blender.


Cara-cara:

  1. Tumiskan dengan sedikit minyak semua bahan tumbuk/blender hingga naik baunya.
  2. Masukkan petai, gula putih, gula merah, air asam jawa dan garam hingga semuanya secukup rasa.
  3. Masukkan air sekiranya mahu berkuah. Tunggu hingga mendidih dan akhir sekali masukkan udang.
  4. Hidangkan bersama nasi panas.  
 Hidangan sesuai untuk 3 orang.