Khamis, 28 Mac 2013

Hawaian Pizza

 Ni Cik Mun tak bakar lagi. Yang ni Cik Mun bakar dulu dohnya hingga separuh masak kemudian letakkan semua bahan-bahan `hawaiannye' dan barulah bakar sekali lagi. Ini sebab Anak-anak Cik Mun suka doh yang rangup. Terpaksalah buat 2 kali kerja.

kkk

Bila dah siap, cam gini lah hasilnya. tak sempat nak makan dah kena curik. Buat pulak atas tudung periuk je.(Malunye.....) Sebab semua barang dapur Cik Mun dalam stor. (Cik Mun sekarang ni menumpang rumah mertua). Malas nak keluarkan barang-barang sendiri Cik Mun sebab nanti panjang ceritanya.



Bahan-bahannya membuat doh:

  1. 500 gm tepung gandum
  2. 2 sudu makan margerin
  3. 2 sudu makan minyak sayuran
  4. 80 ml susu segar/susu cair
  5. 1 sudu makan gula putih*
  6. 1 sudu teh garam*
  7. 1 sudu makan yis/mauripan*
  8. 80 ml air suam*
 Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dan dibiarkan anggaran 4-8 minit.

Bahan-bahannya inti:

  1. Nenas dipotong kecil-kecil
  2. Daging lembu bahagian dada diperap dengan garam, jintan manis dan jintan putih beserta sebuk cili dan dipanggang berasingan. Ketepikan.
  3. Sosej ayam dipotong bulat
  4. Sos cili
  5. Mayonise
  6. Bawang besar dipotong bulat
  7. Buah tomato dipotong bulat
  8. Oregano kering
  9. 18 keping keju
 Cara-cara memasakknya:

  1. Semua bahan doh dicampurkan bersama dengan bahan yang dibancuh dan diuli hingga tidak melekit.
  2. Rehatkan 30-1 jam hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah naik 2 kali ganda, buangkan angin dan bentukkan di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 20 minit.
  4. Setelah 20 minit, buangkan angin dengan mencucuk doh dengan garpu agar tidak mengelembug semasa membakar. Bakar dengan suhu 160 degree selama 15 minit. (separuh masak)
  5. Angkat dan sapukan mayonese dan sos cili ke atas doh. Susun daging panggang, nenas potong, bawang besar potong dan tomato potong.
  6. Akhir sekali taburkan keju/cheese cincang dan dan oregano kering. Bakar gunakan api atas sahaja dengan suhu 160 degree selama 10 minit.
Tips :   Kalau taknak doh yang garing, bakar sekali sahaja dengan meletakkan semua bahan inti di atas doh. 
           Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sekaligus.

Rabu, 27 Mac 2013

Mee Goreng Berempah

Ni Cik Mun gelarkan sebagai Mee Goreng Berempah. Sebabnya Cik Mun gunakan ayam masak kicap yang semalam punya untuk buat Mee Goreng hasil dari saki baki Cik Mun buat mee jawa. So, Mee yang tak habis dan masak kicap ayam yang tak habis tu, Cik Mun kombine kan sekali. Bijak tak? jimat juga kan. Ini resepinya kalau krang semua takder ayam yang lebihan tu.

Bahan-bahan:
  1. 100 gm mee kuning
  2. 2 pohon sawi bunga
  3. 3-4 ketul ayam dipotong kiub
  4. 2 sudu kicap
  5. 1 sudu teh gula
  6. 1 sudu makan sos tiram
  7. 4 tangkai cili kering* (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  8. 2 labu bawang kecil merah*
  9. 1 ulas bawang besar*
  10. Cili besar  (hiasan)
  11. Sebatang kulit kayu manis.
  12. Sebuji telur gred c
Bahan-nahan bertanda * ditumbuk hingga lumat.
 
 
Cara-cara memasak:
  1. Mee kuning dicelur dan dibuang minyaknya. Ketepikan.
  2. Dalam satu kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Letakkan sedikit air dan diikuti dengan ayam (air anggaran cukup untuk menyalut mee dengan bahan tumis.)
  3. Seterusnya masukkan telur, sawi bunga yang dipotong dan mee kuning. Kaup balikkan hingga sekata.
    Siap dihidang dengan hiasan cili besar potong untuk dimakan. Saiz hidangan untuk seorang je...

Selasa, 26 Mac 2013

Ikan Kembong Rebus Masak Lemak Belimbing Buloh


Banyaknyer belimbing buloh kat rumah pengasuh Cik Mun. Dibiarkan berteraburan je di tanah. Ayam pun taknak makan sebab masam sangat. Cik Mun pun dengan muka tak malu mintak dari pengasuh. Dia `green light' je ambil plastik besar untuk ambik buah nak kasi kat Cik Mun. Ni lah hasilnya bila Cik Mun tak berkira dengan dia. Dia pun tak pernak nak berkira dengan Cik Mun. Ini adalah hasil yang Cik Mun masak. dan yYang selebihnya tu, Cik Mun buat jemur kering. Ada masa nanti ingat nak buat acar. Jom lah `try' asam kembong belimbing buloh dulu. Ni resepinya.


Bahan-bahannya:

  1. 3 ekor ikan kembong rebus
  2. 10-15 biji belimbing buloh
  3. 1 batang serai (dititik)
  4. 300 ml pati santan
  5. 200 ml air
  6. 2 sudu teh serbuk kunyit 
  7. 3 labu bawang merah kecil *
  8. 2 ulas bawang putih *
  9. 2-3 biji cili padi*
  10. 2-3 biji cili kering*
  11. 1/2 sudu teh belacan*
 Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.

Cara-cara memasak:

  1. Di dalam satu periuk, 3 ekor ikan kembong rebus yang telah dibersihkan diletakkan bersama dengan santan, air, bahan tumbuk, serai dan belimbing buloh.
  2. Tunggu hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Tips:     Selalu kacau masakan ini agar santannya tidak berketul-ketul/pecah minyak Gnakan api yang
            perlahan sahaja. Tutup sebaik sahaja mendidih.

Cuti Rehat Sempena Tanggung Kerja.



Hati rasa rilex je kali ni kena tanggung kerja. Almaklumlah. Sebab dah kali ketiga kena tanggung kerja. Kalu dulu rasa takut-takut le jugak. 

Apa yang Cik Mun nak citer ni bukannya apa. Kalau nak dikira, elaun tanggung kerja tu sepatutnya ¼ daripada gaji orang yang kita tanggung ker. Kira-kira kalau diikutkan, Cik Mun akan dapat RM600.00 la setiap bulan untuk elaun tanggung kerja ni. Tapi syarat-syaratnya perlulah dipatuhi. Antaranya, kena tanggung kerja 28 hari berturut-turut termasuk cuti 5 hari atas sebab kecemasan/cuti.  Tapi sayangnya, memandangkan komitmen terhadap keluarga, Cik Mun dah pun ambik cuti 2 hari. Sehari sebab menjaga anak kerana bby sitter Cik Mun tu ada meeting PIBG kat sekolah anak dia. Dan yang satu lagi sebab cuti sekolah 25.03.2013 ni ada sepupu yang buat kenduri kahwin. Bayangkan! Cik Mun dah korbankan elaun RM600.00 ni untuk keluarga.

Walau apapun, Cik Mun tidak menyesal keranan itu pilihan Cik Mun sendiri. Bukan sesapa pun yang paksa. Ingatlah kawan-kawan semua yang kat luar sana tu, janganlah nak berkira jika ada sesuatu yang perlu kita hadiri untuk jaga hubungan persaudaraan.
Ingat! Duit boleh dicari tapi bukan hubungan kekeluargaan. Wassalaam...

Jumaat, 22 Mac 2013

Ikan Kembong Goreng Kunyit

Hari ni Cik Mun malas sikit nak masak. Cukuplah ikan kembong goreng kunyit. Kalau ada pula sambal tempok, cincah je ngan sambal tu. Orang Perak la katakan. Makan pulak dengan nasik panas-panas. mau sepinggan dua jugak habisnya.


Bahan-bahan:

  1. 4 Ikan kembong
  2. 1/2 sudu serbuk kunyit
  3. 1/2 sudu garam

Cara memasak:

  1. Gaul sebatikan semua bahan.
  2. Gorengkan di dalam minyak yang panas hingga ikan keperangan/rangup.
  3. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. Cincah pula dengan sambal tempoyak bersama-sama ulam rebus.

Khamis, 21 Mac 2013

Ikan Kembong Masak Asam Pedas

Cik Mun bangun pagi-pagi lagi tadi. Terus je bukak peti ais dan ambil semua bahan yang dah sedia dalam 1 periuk dan masak terus. Dari kacang bendi hinggalah ke garam, asam dan sebagainya semua Cik Mun campak siap-siap masa malamnya. Ikan tu last sekali Cik Mun letakkan. Ye la... dalam tv selalu cakap, barang-barang cam gitu tak boleh letak sekali. ada kuman? ntah. Ikut je mana yang baik kan...


Bahan-bahan:

  1. 3 Ikan kembong 
  2.  8-10 biji buah bendi.
  3. 1/2 inci lengkuas
  4. 1 biji buah tomato
  5.  2 keping asam keping
  6. 5-8 helai daun kesom
  7. Sebatang serai**
  8. 1 biji bawang kecil*
  9. 1/2 labu bawang besar*
  10. 1 ulas bawang putih*
  11. 2-3 biji cili api*
  12. 1-3 tangkai cili kering*
  13. 1/2 sudu teh belacan*
  14. 1/2 sudu besar gula perang*
  15. 1/2 sudu besar gula putih*
  16. 1/2 sudu besar serbuk kunyit*
 Semua bahan bertanda * ditumbuk.
Bahan bertanda ** dititik sahaja


Cara-cara memasak:

  1. Dalam satu periuk, masukkan air lebih kurang 21/2 cawan. Masukkan semua bahan tumbuk,  bendi , buah tomato, daun kesom dan tunggu hingga mendidih.
  2.  Perasakan dengan garam atau bahan-bahan diatas secukupnya sekiranya tidak mencukupi.
  3. Akhir sekali masukkan ikan. Tunggu hingga ikan masak, angkat dan hidangkan.

Tips:
  1.  Cik Mun suka makan buah tomato yang sudah hancur. Pada yang tidak suka tomatonya hancur sangat boleh masukkan tomato setelah api memasak ditutup.
  2.  Kalu nak pedas, boleh tambahkan cili.

Masak Lemak Kuning Udang Bersama Kacang Pin Dan Carot.

Hari-hari dalam minggu ni Cik Mun buat masak lemak kuning. Nak buat camner. walaupun Cik Mun tak suka, ada ramai peminat kat rumah tu. Buat je lah. Janji orang-orang yang Cik Mun sayang semua puas makan. Ni resepinya. Jom le kalau nak `try'...


Bahan-bahan:

  1. Udang 100 gram
  2. 10-15 batang kacang pin 
  3. 4 inci carot
  4. 300 ml pati santan kelapa
  5. 1 keping asam keping
  6. Garam secukup rasa
  7. Serai*
  8. 2 labu bawang merah kecil*
  9. 1 ulas bawang putih*
  10. 2 biji cili padi*
  11. 2 tangkai cili kering*
  12. 1/2 teh sudu belacan*
Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga hancur.


Cara-cara memasak:
  1. Di dalam satu periuk masukkan bahan tumbuk dan sayur-sayur yang telah dipotong dan dibersihkan.
  2. Tuangkan 200 ml air bersama-sama santan, asam keping dan garam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan udang dan angkat setelah udang nampak kemerahan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
  5. Saiz hidangan untuk 6 orang.  
 Petua:
  1. Jika memasak lauk bersantan, guna api kecil dan selalu mengacaunya bagi mengelakkan santan bergentel/pecah minyak.
  2. Diingatkan juga agar jangan memasak terlalu lama bagi mengelakkan keadaan di atas.

Pizza Cendawan Cik Mun

 Sebelum dimasak, so, masih belum terusik lagi la.
 Lagi banyak cheese lagi sedap.

Setelah dimasak. Tak Menyempat menyempat nak tangkap gambar dah hampir habis. 
Ini menunjukkan betapa hebatnyar pizza Cik Mun. Suami pun makan sambil puji sedap. Bangga jap jadik suri rumah weekdays ni.



CARA-CARA MEBUAT INTI 

Bahan-bahan:
  1. 1 tin (360 gm) sos spageti jenama kimbal (perisa cendawan)
  2. 1 labu bawang besar
  3. 500 gm isi dada ayam
  4. 1 paket sausage ayam
  5. 5-6 tangkai cili kering*
  6. 1/2  labu bawang besar* 
  7. 1/3 cawan minyak masak.
 Bahan-bahan bertanda * dikisar/ditumbuk bersama-sama
Jangan tanya mana cendawan. Memang tak dapat cik mun carik. Alamaklumlah duduk kat kawasan terpencil sikit...PAKAI PERISA CENDAWAN YANG KAT DALAM TIN JE LAH...

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu hingga naik bau.
  2. Masukkan paste yang ditumbuk/diblender hingga pecah minyak.
  3. Tuangkan sos spageti, masukkan awam dan sausage ayam yang dipotong dadu.
  4. Perasakan dengan garam dan tunggu hingga mendidih.

CARA-CARA MEMBUAT DOH

Bahan-bahan:
  1. 500 gm tepung gandum
  2. 2 biji telur gred A
  3. 2 sudu besar margerin
  4. 1 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu besar lemak sayuran
  6. 1 sudu besar gula
  7. 5 gm mauripan
  8. 20 ml susu sejat
  9. 20 ml air
  10. 9 keping cheese
  11. Mayonese
  12. Daun oregano kering

Cara-cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan uli hingga sebati.
  2. Biarkan selama lebih kurang 1/2 jam hingga 1 jam. Tutup dengan kain lembab hingga adunan kembang hingga 2 kali ganda. 
  3. Setelah itu, ratakan adunan mengikut acuan pembakar dan rehatkan 10-15 minit.
  4. Bila doh sudah berehat, cucuk-cucukkan dengan garpu untuk membuang udara berlebihan ketika membakar. Sapukan mayonese di permukaan adunan, letakkan inti, susunkan cheese dan sudahi dengan taburan daun oregano kering.
  5. Siap dibakar menggunakan api sederhana antara 10-15 minit. (Cik Mun menggunakan pemanggang ajaib ikan)
  6. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos sekiranya mahu lebih pedas.
  7. Untu adunan ini, boleh buat hingga 3 biji dengan boleh dimakan hingga kenyang oleh 6  orang. 
  8. Ha ha hah ah ...

Rabu, 20 Mac 2013

Mee jawa ala Cik Mun


Petang-petang cam gini lapar rasanya. Bapak mentua boleh makan mee je sebab keras sikit. Kue tiaw dan bihun dia tak suka sangat sebab tekaknya dah rosak akibat pembedahan dulu dan sebabkan dia asyik terbatuk kalau makan. Alang-alang kacang tanah dan udang kering masih berbaki, Cik Mun buat je lah mee jawa. Yang lain-lain tu memang Cik Mun ada simpan stok dalam peti ais. so, xder masalah...


Bahan-bahan
  1. 1 paket mee kuning
  2. 200 gm kacang tanah
  3. 200 gm daging
  4. 1/2 sudu gula merah
  5. 1 sudu gula putih
  6. 1 sudu garam/secukupnya
  7. 10-15 tangkai cili kering*
  8. 1 labu bawang besar*
  9. 3 ulas bawang merah kecil*
  10. 3 ulas bawang putih*
  11. 100 gm udang kering*
  12. Ubi kentang* direbus dahulu sebelum dikisar
Bahan bertanda * dikisar bersama-sama.


Bahan-bahan hiasan
  1. Sawi bunga dicelur
  2. Sedikit Taugeh dicelur
  3. 4 biji Telu direbus hingga masak
  4. 4 keping Taufu digoreng garing
  5. 4-5 tangkai cili besar dipotong


Cara memasak kuah:

  1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. 
  3. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah dan daging. Tunggu hingga daging empuk. Perasakan dengan garam, gula
  4. Setelah daging empuk, angkat dan hidangkan dengan mee yang telah dicelur. Susunkan bahan-bahan hiasan.
  5. Suap untuk dimakan. Saiz hidangan adalah untuk 8 orang.

Selasa, 19 Mac 2013

Puding Roti Bercoklat

Puding roti ni memang versi yang mesti `try' punyer. Sebab kenapa? Kalau nak 
tahu, anak Cik Mun si Iskandar tu mesti akan makan sampai licin. Tak sempat nak 
tangkap gambar pun dah nak makan lagi. Tu yang jadi separuh je untuk nak `post'
 kan kat dalam blog ni. buat malu je siap ada tangan Iskandar nak makan lagi tu. 
Tapi nak buat camner, ini sebijik je yang tingal lagi. Kalautak tangkap 
takder la bukti Cik Mun buat. Iskandar cakap: "Ibu, aiskrim coklat 
belang-belang ni sedap la...'.

Bahan didih:
  1. 12 gram agar-agar
  2. 2 cawan air
  3. 2 sudu besar minyak sapi
  4.  1 sudu teh garam
  5. 1/2 cawan gula putih
  6. 1 tin susu cair
  7. 1 tin susu sejat

Bahan kisar
  1. 2 cawan air
  2. 2 biji telur gred B
  3. 1 cawan serbuk coklat
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. 6 keping roti *
 1 cawan serbuk coklat


 Cara membuatnya:
  1. Didihkan bahan didih hingga benar-benar hancur.
  2. Masukkan bahan blender dan tunggu hingga mendidih.
  3. Bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan bewarna putih(adunan asal) dan satu lagi bewarna coklat.
  4. Tuangkan berselang seli didalam loyang hingaa terjadinya lapisan cantik bewarna coklat dan putih.
  5. Tunggu hingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan.
  6. Saiz hidangan adalah untuk 12 orang.

Ahad, 17 Mac 2013

Udang Masak `Sweet Sour'


 Udang oh udang! Macam best je kalau masak `sweet sour'. Meh le masak. Kalau tak bertambah nasi sepinggan dua, jangan kata udang `sweet sour' Cik Mun  (masuk bakul angkat sendiri).


Bahan-Bahan:
  1. 300 gm udang sederhana besar
  2. 10-12 biji cili kering*
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 2 ulas bawang putih*
  5. Sesudu besar gula putih*
  6. 1/2 sudu besar gula merah*
  7. 1/3 cawan minyak untuk menumis.
 Semua bahan bertanda * dikisar bersama-sama.


Cara-cara memasaknya:
  1. Bahan kisar ditumis dengan minyak hingga naik bau atau hingga benar-banar kering.
  2. Udang dimasukkan dan diperasakan dengan garam.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih.
Siz hidangan adalah untuk 4 orang.

Jumaat, 15 Mac 2013

Rendang Daging dan Kacang Pin

Bapak mentua semalam sakit perut sebab makan lauk yang dibeli. kesian. Malam bila balik kerja dia dah kasik 1sign'. Teringin nak makan rendang kacang pin katanya.` Buat Sabtu ni ye Muna...'. Padahal baru hari Rabu. Cik Mun dah paham. Kalau dia x surauh pun Cik Mun akan buat. Sian dia makan lauk beli sampai sakit-sakit. Mula la bersemangat nak masak je hari-hari sebelum pergi kerja ni. Kepada sesapa jua yang nak ambil hati mak mentua ke, baapk mentua ke... meh try cuba resepi kat bawah ni.


BAHAN-BAHAN:
  1. 250 gram daging
  2. 250 gram kacang pin
  3. Sebatang serai*
  4. Seinci halia*
  5. Seinci lengkuas*
  6. 4 sudu besar cili kering*
  7. 1 labu  bawang besar*
  8. 2 biji bawang kecil*
  9. 2 ulas bawang putih*
  10. 1/2 sudu besar lada hitam*
  11. 4 sudu besar kerisik*
  12. 2 sudu teh serbuk kunyit*
  13. 250 ml pati santan*
  14. Garam dan gula secukup rasa
  15.  1 batang kulit kayu manis
  16. Sehelai daun kunyit muda
  17. Asam jawa
 Bahan-bahan yang bertanda * diblender bersama-sama.


BAHAN-BAHAN:
  1. Masukkan semua bahan blender di dalam kuali dan rebuskan bersama daging hingga lembut.
  2. Setelah daging agak lembut, masukkan kacang pin dan santan pekat, perasakan dengan garam dan asam jawa dengan secukupnya.
  3. Akhir sekali, masukkan daun kunyit muda yang diracik halus, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
  4. Saiz hidangan adalah untuk 6 orang.
Tips:   Kalau tidak ada daun kunyit, boleh juga digantikan dengan daun limau purut. Cik Mun sendiri lebih sukakan daun limau purut.

Sabtu, 9 Mac 2013

Ayam Masak Kicap

Cuti-cuti minggu ni Cik Moon buntu nak masak pe tengah hari.Teringat Iskandar suka makan ayam. 
pape pun masak ayam tu mesti habis, janji jangan pedas je... 
Ni lah hasilnya setelah Cik Moon penat lelah di dapur. Ahaks!


BAHAN-BAHAN
  1. 1/2 ekor ayam (dipotong 6)
  2. Kicap manis
  3. Kulit kayu manis
  4. 4 inci caret
  5. 2 sudu besar cili*
  6. 1 biji Bawang besar*
  7. 1 Biji buah tomato*
  8. 1 Bawang kecil*
  9. Bawang putih*
  10. Daun bawang 
  11. Daun sup
  12. Cili besar
Perhatiah : Semua bahan yang bertanda * diblender bersama-sama.


CARA MEMASAK
  1. Semua bahan blender ditumis dengan sedikit minyak bersama dengan halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan kicap, caret yang dipotong bulat dan diikuti dengan ayam.
  3. Tunggu hingga mendidih.
  4. Setelah ayam dan caret empuk, angkat dan hidangkan setelah dihias dengan daun bawang,, daun sup dan cili besar.

Isnin, 4 Mac 2013

Maggie Kari Goreng Berkuah

Malam-malam dah larut. En. Hubby cakap lapar pulak. Apa pun xder kat dapur. Pe lagi, 
mencari Maggie la. Meh le makan sekali...
 
 


BAHAN-BAHAN:

  1. 1 Bungkus maggie kari
  2. 1 inci karot
  3. 1 biji telur
  4. Sedikit taugeh
  5. Sedikit daun sup
  6. Sedikit daun bawang
  7. Sedikit isi ayam
  8. Bawang putih
  9. Bawang merah
  10. Cili padi 

CARA MEMASAK:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan sayur caret dan seteusnya masukkan air dengan sebanyak mana kuah dikehendaki.
  3. Serbuk kari maggie dimasukkan.
  4. Seteruanya masukkan taugeh dan ayam yang dipotong kiub . Tunggu hingga mendidih.
  5. Selepas itu masukkan maggie yang siap dicelur dan pecahkan bersama-samanya dengan sebiji telur.
  6. Angkat dan hidangkan dengan dihiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
 
 TIPS:
  1. Kurangkan aktiviti mengacau masakan bagi mengelakkan telur pecah semasa diletak dalam kuali bersama maggie.

Jumaat, 1 Mac 2013

Alahai...Tanggung Kerja



Hai.. kena tanggung kerja lagi.. Bos dah xder. Harap2 jangan la `buzy' sampai keluarga Cik Mun terabai. Dulu ada sampai satu tahap, anak Cik Mun, Muhammad Iman tu masuk hospital sebab jangkitan kuman di paru-paru. tapi Cik Mun still datang kerja juga walaupun dah ambil cuti sebab ada meeting yang Cik Mun kena jadik naib pengerusi bagi meeting tersebut.