Khamis, 26 November 2015

Kari Bawal, Ikan kedera masin, Ulam dan Sambal Picit Terung Belalang

 Ikan bawal putih. beli seekor pun dah RM9.00. Sedap kalau dibuat kari. 
Isinya lembut sedap dimakan.

Berhari mingu di rumah memang best. Masak untuk keluarga yang tersayang. Melayan selera tekak `mr hubby'. anak-anak dan bapa mertua. Cik Mun selalunya kalau malas akan masak tengah hari dan lauk yang sama akan makan hingga ke malam. Cuma malamnya, kalau nak tambah cuma masak yang `simple-simple' je.

 
 Kuahnya Cik Mun buat pekat. Makan nasi, jangan lupa tambah kicap, lagi kick!

Cara masak dan hidang pun yang senang je. Cik Mun gunakan Periuk Vision dan angkat nak hidangkan atas meja pun gunakan periuk yangs ama jugak. Alang-alang dah beli gajet yang mahal kat dapur tu, gunakan sepenuhnya lah. 

 Ikan rebus goreng. Kasi letak bawang kecil dan cili besar untuk kasi wangi.


Cik Mun memanglah orang yang paling malas kat dapur. Bab-bab nak melawa/ nak hias makanan ni fail sikit. Tapi tak kisahlah, asalkan perut tak lapar berbunyi dan tak payah makan kat kedai je. Kalau nak resepi kari ikan tu, macam kat bawah ni: 

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal putih (+/- 800gm beratnya)
8 biji bendi
sebiji tomato (potong 4)
santan pekat (lebih kurang 150ml)
2 keping asam gelugur
1 paket (25gm) serbuk kari ikan (Cik Mun guna jenama Babas)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
Perasa  (Optional)


Cara-cara Membuatnya:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang agak garing dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari.
  2. Setelah naik bau karinya, masukkan air dan buah tomato serta bendi.
  3. Masukkan air garam dan asam keping secukupnya dan tunggu hingga mendidih.
  4. Setelah itu,masukkan ikan dan tunggu hingga ikan masak dan  bendi empuk. 
  5. Akhir sekali kecilkan api, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Ini bagi mengelakkan kari ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  6. Siap dihidangkan dengan lauk-pauk lain seperti yang disyorkan di bawah ni.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.



Kalau ada kari ikan, mesti kena goreng ikan masin sebagai penambah selera.



Tambah lagi satu lauk untuk hidangan ni dengan buat sambal picit terung belalang. Kebabom, sebab ni aje
boleh tambah nasik sampai 2 pinggan. Sambal picit tu lain kali Cik Mun akan share resepi ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan