Selasa, 24 November 2015

Sambal Picit Terung Belalang Maletop!


Sambal picit yang sangat sedap jika dicincah dengan ulam-ulam rebus.

Ada yang cakap orangy ang suka sambal belacan dan ulam-ulaman ni orang kampung. Ada juga orang yang cakap orang-orang yang suka makan ulam ni awet muda. Betul ke kenyataan tu? 

Cik Mun ni orang kampung, memang suka makan ulam dan sambal belacan. Kalau takde ulam dan sambal belacan tu memang rasa makan nasi tu macam tak puas dan tak kenyang je. Kali ni Cik Mun nak kongsikan salah satu sambal yang menjadi kegemaran Cik Mun untuk dipadankan dengan mana-mana lauk utama yang lain. Nama Sambal tu dan resepinya macam kat bawah ni: 


Ulam rebus pucuk paku rawang, betik tua dan petai segar.



RESEPI SAMBAL PICIT

Bahan-bahannya;

100 gm terung belalang (rebus hingga empuk dan toskan)
8-10 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1 sudu teh belacan
10-15 ekor ikan bilis/ 1 ekor ikan segar (goreng/ bakar dulu tanpa garam dan ambil isinya sahaja)
2 sudu jus asam limau nipis
garam secukupnya
perasa (optional)


Cara-cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili bersama belacan, dan ikan bilis/ isi ikan yang telah dibakar/digoreng hingga kehalusan yang dikehendaki. 
  2. Masukkan perasa, garam dan asam limau dengan secukupnya.
  3. Sudahkan dengan menabur terung belalang.
  4. Sedia diidangkan dengan ulam-ulaman dan lauk sampirangn lain seperti  kari ikan, ikan kedera masin dan ikan segar goreng.  (Gambar lauk utama lain yang nak kasi pembaca terliur macam kat SINI)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan