Isnin, 30 November 2015

Kari Ikan Bawal Putih Sama Bendi dan Tomato

Kari kegemaran famly.


Salam hari minggu. Masakan ni aje yang Cik Mun buat masa hari minggu. Tapi masa dok tulis entry ni untuk post dalam blog dah Hari Khamis pun. Rajin sangat, peram je lah dan baru nak tulis bila free kat ofis ni.

Konfirm kacang bendi ngan tomato tu dulu yang habis kena taram.
ngeh ngeh nngeh


Cik Mun suka buat kari ni dengan melebihkan kuahnya. Lepas tu simpan dalam peti ais tempat sejuk beku tu semangkuk. Bila nak guna keluarkan balik especially bila buat lempeng kelapa ke, capati ke, roti nan ke waima kalau terdesak ada tetamu tengah malam (suami dan kawan-kawannya lepak) untuk cincah dengan roti gardenia. Kuah je pun yang dipanaskan balik, `mr hubby' puji jugak sedap. Ekekek! (ni le rahsia suami sayang lebih) Katanya, kuah lagi sedap daripada yang dibuat di kedai mamak tu. Hahahaha

Kalau nak usha(tengok) resepi dan cara membuatnya, macam kat bawah ni.

Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan bawal putih  (+/- 750gm beratnya)
8 biji bendi
sebiji tomato (potong 4)
150 ml pati santan
Perahan air  asam jawa (secukupny)
25gm kari ikan (Cik Mun guna jenama babas)
1 ulas bawang putih
2 labu bawang merah kecil
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia
perasa (optional)
 

Cara-cara Membuatnya:
 
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah bawang agak garing dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari. (jika tak yakin/bimbang serbuk kari hangit, bancuh dulu dengan air dan tumis hingga pecah minyak) cara yang Cik Mun buat no short cut sbb nak cepat.
  2. Setelah naik bau karinya, cepat-cepat masukkan air (secukupnya untuk kuah) dan masukkan kacang bendi.
  3. Tunggu hingga mendidih dan bendi empuk. 
  4. Masukkan ikan bawal dan tomato garam dan air bancuhan asam jawa secukupnya dan perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Pastikan api yang digunakan setelah santan dimasukkan ialah api kecil. Ini bagi mengelakkan kari ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  6. Setelah mendidih, sendukkan dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan