Mee goreng
Salam Isnin. Masih lagi dengan semangat berbekal. Cik Mun buat mee goreng. Jangan ingat Cik Mun beli tau. Ini masak sendiri la tapi disebabkan baru beli kertas pembalut, maka teruja nak mencubanya so Cik Mun pun masak lah mee ni yang agak-agak senang nak bungkuskan dengan kertas pembalut makanan ni.
Set Lengkap mee dan air suam
Resepinya seperti kat bawah ni:
Bahan-bahannya:
250gm mee kuning
sedikit sayur kobis bulat200gm daging lembu
250gm mee kuning
sedikit sayur kobis bulat200gm daging lembu
1/4 kiub ayam (Jenama Maggie)
2 biji telur
minyak 5 sudu untuk menumis/secukupnya
hirisan limau nipis secukupnya
Bahan tumbuk
3 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
10-15 ekor ikan bilis
9 biji cili kering (boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas)
Bahan sos
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 sudu gula putih
1 sudu gula merahz
Cara-cara memasak:
- Tumiskan semua bahan tumbuk beserta daging yang telah dipotong. Tunggu hingga naik baunya.
- Masukkan bahan sos, air dan tunggu seketika hingga daging sedikit lembut.
- Masukkan telur dan carakkan telur hingga pecah besar-besar dan sedikit masak. Seterusnya, mee kuning dan gaul ratakan.
- Masukkan kobis dan gaul sebati sebelum matikan api.
- Saiz hidangan untuk 6 orang.
# Tips:
- Kalau suka telur berpalut pada mee kuning, boleh masukkan telur bersekali dengan mee dan sebatikan.
- Sedap jika sebelum dinikmati, hidangan diperah dengan asam limau nipis dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan