Gambar 1
Gambar 2
Biar rupanya buruk. Namum menu sambal kentang ni menjadi makanan pembuka selera. Adakalanya kalau asyik makan ayam, daging, ayam, daging, pastinya akan rasa muak jugak. Cik Mun akan buat masakan ni. Cukup lauk sampingannya dengan telur goreng dadar dan ulam mentah seperti ulam pegaga/pucuk selom/pucuk pudina. Boleh bertambah-tambahn jugak nasinya.
Tapi untuk anak-anak, kurang sesuai la masakan ni seab ianya pedas sikit. Nama pun sambal kan? Ok lah, kalau nak tengok, resepi dan cara-cara memasaknya seperti di bawah. Biasa-biasa je...tapi janji sedap!
Bahan-bahannya:
2 biji kentang (potong nipis2 dan goreng hingga garing)
1/2 sudu jus liamu nipis
1 biji cili besar (potong serong)
1 sudu kicap lemak manis (Cik Mun guna Kicap Cap Kipas Udang)
Perasa (optional)
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).
Cara-cara membuatnya:
- Menggunakan anggaran 4 sudu minyak, tumiskan semua bahan tumbuk. Sentiasa kacau bahan tumbuk dalam kuali kuali hingga semua bahan garing.
- Letakkan kentang yang telah digoreng garing, sedikit perasa dan kicap lemak manis.
- Rasa dahulu masakan sebelum ditambah dengan garam. (Langkah berhati-hati kerana kicap dan ikan bilis telah pun masin)
- Angkat dan taburkan dengan cili potong dan sedikit perahan jus limau nipis.
- Sedia dihidangkan bersama dengan nasi panas. Lagi sedap kalau ada ulam-laman mentah dan telur goreng dadar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan