Isnin, 15 Jun 2015

Cendawan Tumis Sama Karet

 Gambar 1 .

Gambar 2.


Memang kadang-kadang bosan jugak kalau asyik makan benda yang sama je tiap-tiap hari. Cik Mun pernah kena tegur dengan husband. Katanya, asyik masak sambal je. Ikan bersambal le, ayam bersambal le, udang bersambal le...bosan katanya.

Cik Mun pun godek-godek le peti ais. Ada karet dengan cendawan butang segar. Mula-mula tak tahu jugak nak masak apa. Tapi kiranya cendawan butang dengan karet ni first time le Cik Mun gandingkan. Memang sedap rasanya. Ataupun... memang sedap kot kalau menu-menu masakan yang diletakkan dengan cendawan ni. Walau apa pun, untuk nak memastikan Cik Mun tak lupa dah pernah masak ni dan rasanya sedap, Cik Mun pun tulis la dan taruk dalam Blog yang tak seberapa ni untuk rujukan pada masa yang akan datang. Cekidaout!


Bahan:
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
4 inci karet (potong memanjang)
3 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ayam 
1 sudu teh lada hitam
1 sudu tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan sos/kuah
1 sudu teh kicap `Perkin Soy Sos'(takde pun takpe)
3 sudu  kicap manis
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih yang dicincang hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cendawan butang, karet dan tepung jagung yang dibancuh dengan air sebagai kuahnya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan kiub ayam, lada hitam dan garam. (Hati-hati, jangan terlalu banyak garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin).
  4. Bila cendawan dan karet sudah separuh empuk, angkat dan hidangkan. Jika suka sayur masak sepenuhnya, boleh tunggu lama lagi.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan