Bergedil Simple Sedap Cik Mun
Dah masuk Ramadan yang ke 7. Tapi baru sekarang ni Cik Mun nak `update' masakan masa Cik Mun buat untuk berbuka. Cik Mun masak semua benda-benda yang `simple' sahaja. Apa yang ada dalam peti ais tu, tangkap muat je, hiris, basuh dan campak-campak masak dan boleh dimakan.
Kalau ikut bergedil biasa, orang taruk daun saderi. Tapi sebab takde dalam peti ais tu, Cik Mun campak je lah apa pun sebagai ganti. sedap jugak hasilnya. Sedap jugak bergedil ni masa Cik Mun makan sekali dengan lauk yang berkuah kari ke, kuah rendang ke...apa-apa je lah yang berselera di tekak kita. Resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni:
Hasil campuran.
Goreng pon sodap!
Dah siap!
Bahan-bahannya;
3 keping isi ayam (yg buat burger tu) (Cik Mun guna Jenama Ramly)
Sedikit daun sup*
Sedikit daun bawang*
1 biji cili besar merah*
1/2 biji bawang besar*
perasa (optional)
garam secukupnya
1/2 sudu lada hitam
3 sudu tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
Semua bahan bertanda * dipotong halus.
Cara-cara memasaknya:
- Dalam satu bekas, sampurkan semua bahan kecuali minyak. Sebatikan.
- Gorengkan dengan minyak 1/2 terendam hingga kekuningan dan garing pada kedua-dua belah bergedil
- Angkat dan toskan dengan tisu dapur.
Saiz hidangan: 4 orang makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan