Gambar 1
Gambar 2.
Kadang-kadang tekak ni terasa tamak nak makan jugak benda-benda bergoreng walaupun dah masak lauk pauk untuk makan dengan nasi putih. Kalau beli pun bukannya nak makan sangat. Udahnya, membazir je.
Cik Mun punya selera masa bulan puasa ni memang cam gitu. Kalu tengok benda kat Bazar Ramadan tu semuanya rasa macam nak beli je. Tapi bila balik tu tak makan pun. Udahnya basi dan buang je ke dalam tong sampah. jadinya, untuk nak megelakkan buang membuang ni dan nak juga memenuhi juga selera tekak (sebab makannya hanya sesudu dua je) Cik Mun akan masak sendiri je. Rencahnya dah dibuat siap-siap pada hujung minggu, tinggal nak masukkan bihun dan ahan basah yang lain je.
Takdelah nak membazir sangat kan. Kalau tak habis makan masawaktu berbuka tu, boleh je simpan makan masa sahur karang. Terjamin insyaAllah tak basi sebab kita masak pada watu petang dekat-dekat nak maghrib tu. Bayangkan kalau kita beli kat Bazar Ramadan, entah bihun zaman bila, Patu dipanas-panaskan je dan kalau kita beli dan simpan konon nak makan lambat sikit mungkin akan basi. So, memasak sendiri adalah pilihan Cik Mun. Boleh rebut juga pahala kerana sediakan menu berbuka ni pada sesisi keluarga.
Banyak lah pahala suri rumah. Pahala berpuasa, ditambah lagidengan pahala menyediakan pjuadah berbuka puasa. Kalau nak tengok bahan-bahan dan cara memasaknya, macam kat bawah ni je...
Bahan-bahan
210gm bihun
2 keping` fish cake'
1 pokok sawi bunga
sedikit taugeh
2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
5biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas
Untuk hiasan :
Daun bawang
Cili besar
Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat
Bahan sos
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos ikan (tak letak pun boleh)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar gula putih
1/2 sudu teh gula merah
1/4 kiub ayam maggie (tak letak pun boleh)
Garam secukup rasa
Minyak 3 sudu besar
Cara-cara memasak:
- Goreng` fish cake' , potong serong setelah sejuk danket epikan dan ketepikan.
- Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
- Masukkan semua bahan sos dan air (anggaran 1 cawan/150ml) untuk melembutkan bihun.
- Masukkan bihun dan sawi bunga. Kacau agar sebati semua bahan-bahan.
- Tunggu hingga bihun lebut dan kering airnya. Boleh tambah lagi air sekiranya bihun masih lagi keras.
- Akhir sekali, taburkan taugeh, daun bawang, cili besar potong dan `fish cake'.
- Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 4 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan