Khamis, 23 April 2015

Capati 3 Kuah

 Gambar 1 : Capati 3 keping 3 kuah. Kuah lebihan sardin, 
kuah lebihan kari daging dan lebihan sambal ikan bilis terung belalang `pop'


Gambar 2 : Dapat makan ni tak makan nasi pun dah okey
 
 
Salam Khamis... Cik Mun buat menu ni masa petang di hujung minggu Sabtu yang lalu. Tapi baru sekarang ni nak masukkan `entry' kat dalam blog ni. Al-kisah nak buat menu ni, merata-rata cari Tepung Attar kat kawasan pekan kecil tempat Cik Mun kerja (Pekan Lenggong). Tak jumpa sebab kedai runcit yang selalu Cik Mun beli tepung ni tutup. Sudahnya bila pergi `shopping' pagi Sabtu di Gerik, baru jumpa. Itu pun bila gigih mencari Tepung Attar ni sampai sanggup singgah 2-3 kedai. Dalam pada tu, baru Cik Mun tahu, rupanya tepung ni tak femes sangat. Kerana ada juga pekedai runcit yang tak tahu Tepung Attar tu macam mana dan apa fungsinya dalam masakan.

Terasa cam bijak le sikit sebab Cik Mun tahu. (kelakar perasan dirinya...)...Kalau nak try buat menu ni, resepi bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...
 
 
Bahan-bahannya:
 
350gm cawan tepung atta
90ml cawan air suam*
1 sudu garam/secukup rasa*(*disatukan dan kacau dalam air suam hingga garam larut)
3 sudu besar camca mentega / atau minyak sapi cair boleh digunakan


Cara-cara Membuatnya: 
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, gaulkan dengan 3 sudu margerin hingga sebati. 
  2. Buat lubang ditengah-tengah tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  3. Tinggalkan/rehatkan doh lebih kurang 30minit. Tutup dengan towel bersih yang lembab supaya doh tidak kering di permukaan luarnya.
  4. Bahagikan doh pada 10 - 12 bahagian, bulat-bulatkan.
  5. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper-leperkan di atas tangan sebelum dicanai. Buat hingga siap baki bagi semua doh.
  6. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. 
  7. Letak sekeping capati dan masak (sebelum tu buang dulu saki baki tepung di doh yang telah di canai supaya tepung baki tidak hangit dan tinggalkan rasa hangit/pahit pada capati dengan cara lambung doh antara 2 tapak tangan). 
  8. Tekan permukaan capati dengan sudip/tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga sedikit perang/timbul gelembung. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh yang lain. 
  9. Letakkan capati yang telah dimasak di dalam bekas yang tertutup agar wap yang terhasil dapat melembutkan capati supaya bila sejuk tak keras. 
  10. Hidangkan bersama kuah yang digemari/saki baki kuah yang tak habis. Hehehe...
 
 
Saiz hidangan : 4 orang makan (dapat sorang 2 keping) muhahaha...

# Terima kasih pada mat gebu, Dapur Tanpa Sempadan sebab Cik Mun tiru resepi dia. Tapi ekjas ikut suka hati dan tekak. mohon izin ye CM... . Hohoho...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan