Selasa, 21 April 2015

Daging `Black Pepper' Sama Cendawan Butang

  Gambar 1 : Lauk daging yang `simple'
 
 
Dalam minggu ni asyik makan ikan je. Kat kantin tempat kerja, kat rumah pun masak ikan jugak. Apa kata sesekali tukar menu. Daging pulak. Cik Mun ni tak lah berapa reti sangat memasak. Kebanyakkan lauk pauk Cik Mun agak sama. Tapi tak apa lah. Sebab nak mengabadikan jugak di ruangan blog yang tak seberapa ni,. Cik Mun tempelkan jugak masakan Daging `Black Pepper' Sama Cendawan Butang. Mana lah tahu, kot-kot ada `reader'  blog yang tercari-cari nakm asak apa hari ni, ada lah ideanya kot kalau nak `try'.
Resepi dan bahan-bahannya simple, seperti di bawah ni. Cubalah masak!
 
 
Gambar 2 : Menu ni `best' kalau `ngam'kan sekali dengan 
ayam goreng masa makan nasi.
 
 
Bahan Mentah:

250gm daging 
200gm cendawan butang 
1 biji lada benggala (cili botol)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (diketuk)

Bahan Sos
2  sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung

2  sudu teh lada hitam
2 sudu besar  minyak bijan/ `sesamee oil' (optional)'
Perasa  (optional)'
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara-cara memasaknya:
  1. Dengan menngunakan minyak masak biasa (anggaran 3 sudu besar), tumiskan bawang putih yang diketuk dan halia, hingga bawang bewarna kekuningan/naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan sos dengan tepung  jagung hendaklah dibancuh dengan sedikit air biasa (air paip) sebagai kuah. 
  3. Setelah itu, masukkan daging, cendawan butang dan tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili benggala (cili botol), lada hitam, minyak bijan, perasa dan garam secukupnya.
  5.  Angkat dan hidangkan bersama ayam goreng dan dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.


Tips: 
  1. Cik Mun masak sekejap sahaja dengan anggaran 15 minit. Daging yang yang Cik Mun beli adalah daging lembu batang pinang, tiada lemak/urat. Cik Mun potong arah bertentangan dengan arah urat dan ini menyebabkan daging cepat masak.
  2. Kalau nak cepat lagi masa, gunakan periuk vision ataupun kuali/periuk tekanan dan tudung masakan semasa memasaknya. Tapi Cik Mun tak tudung pun daging dah lembut sebab guna periuk vision.
  3. Kalau takde periuk yang berbagai cam Cik Mun tu, guna periuk/kuali biasa pun masak jugak. Sedap pun jugak...hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan