Sabtu, 4 April 2015

Bekal ke Pejabat

Gambar 1 : Nasi letak terus dengan ikan goreng...
Bekal ni pula Cik Mun yang punya...

Hari ni ter-rajin sikit nak `update blog'. Nak cerita pasa bekal yang dimasak untuk bekal bawa ke pejabat. Cik Mun masak yang `simple-simple' je. bekalnya terdiri dari nasi (sudah tentunya), ikan goreng kunyit dan masak lemak kuning pedas udang sama  kacang panjang dan carot.

Dah siap masak, letak makanan dalam bekas, letak dalam beg dan masukkan terus ke raga motor suami. Kalau dah siap bungkus, tapi tak letak dalam raga mesti suami akan lupa punya. Walupun dah pesan sebelum Cik Mun keluar pergi kerja tu...

Dengan bawak bekal ke pejabat ni, dapat menjimatkan masa dan wang tentunya. Tak la malu sangat dekat bos kalau nak ambil anak pukul 12 (sekolah tadika) sebab dan `save' masa, makan tengah hari makan bekal kat opis je...(Sebab Cik Mun selalu makan kul 11.30 pagi - `time' waktu kerja). Waktu pukul 1-2 pula Cik Mun akan gunakan untuk sembahyang dan tidur kejap.

Gambar 2 : Masak lemak kuning carot dan kacang panjang sama udang.


Kalau nak tahu cara memasaknya lauk udang masak lemak kuning sama udang tu, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ni...Tapi resepi ikan goreng kunyit tu tak payah la kot. Sebab rasanya mungkin semua orang tahu...



Bahan-bahannya:

2 segenggam udang (dubang ekor dan kepalanya)
caret (potong memanjang)
kacang panjang 
1 batang serai (dititik) 
160ml pati santan
2 sudu teh serbuk kunyit 
2 labu bawang merah kecil *
1 ulas bawang putih *
2 biji cili padi*
1 biji cili kering*
garam
perasa (optional)
1 keping asam gelugur

Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.



Cara-cara memasak:

  1. Di dalam satu periuk, kacang dan caret diletakkan bersama dengan santan, air, bahan tumbuk, asam gelugur dan serai.
  2. Tunggu hingga mendidih/kacang dan caret empuk (Cik Mun suka separuh empuk je), masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  3. Akhir sekali, masukkan udang. Tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak. (Jangan lama sangat nanti udang keras)
  4. Angkat dan hidangkan dengan ikan goreng macam gambar tu... 
* Tips:     Selalu kacau masakan ini agar santannya tidak berketul-ketul/pecah minyak Gnakan api yang perlahan sahaja. Tutup sebaik sahaja mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan