Sabtu, 12 April 2014

Ayam Goreng Satay

Asyik makan ayam goreng kunyit je Cik Mun selama ni. Tak ada yang berubah. Teringat dalam peti ais masih ada lebihan kuah perapan satay ayam. Cik Mun sengaja simpan kuah perapan ayam tu dalam freezer kasik beku `kaw' `kaw'. Tahan lama sikit.

Masa nak buat Ayam Goreng Ala Satay ni, ni  makan Cik Mun perapkan ayam seawal jam 6 pagi sebelum pergi kerja letakkannya di dalam peti ais tempat yang bersuhu biasa.

Bila balik terus je letak kat luar lebih kurang 1/2 jam untuk hilangkan sejuk ayam tu. Jangan la pulak lepas keluarkan dari peti ais terus je goreng, nanti isi ayam tu jadi kecut, keras dan tak sedap nak makan pulak.

Kalau nak cuba buat, resepi seperti di bawah ni.




Bahan-bahan


1 1/2 sudu gula putih
garam secukup rasa
3 batang serai - potong halus terlebih dahulu*
3/4 inci halia*
5 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*

1 1/2 sudu teh serbuk kunyit*
1/2 sudu teh makan ketumbar*
1/4 sudu makan jintan putih*
1/2 sudu jintan manis*

Semua bahan bertanda * di`blender' hingga hancur lumat dengan air yang amat sedikit.


Cara-cara Memasaknya:

  1. Satukan semua bahan bertanda * dan perapkan dengan  ayam yang telah dipotong dan perapkan semalaman. Atau sekurang-kurangnya 2-3 jam. 
  2. Goreng menggunakan api sederhana hingga masak.
  3. Bagi membuat kuah pula, tumiskan lebihan perapan dengan minyak hingga naik baunya. Tambah garam/asam sekiranya ada yang kurang.
  4. Hidangkan kuah bersama dengan ayam goreng satay.
Saiz hidangan untuk 3 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan