Cik Mun memnag suka makan tofu telur. Teksturnya yang lembut dan berkrim lemak-lemak gitu. Tak la bosan sangat nak makan sayur. Ini yang Cik Mun masak pada hari Jumaat lepas. Nak padankan untuk makan dengan nasi goreng. Kalau nak cuba...resepi macam biasa je... tapi nak tulis jugak sebab tahu korang tengah baca. Ha ha ha...
Bahan-bahan:
1/2 batang tofu telur
2 inci caret
1 pokok sawi pakchoy
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji kiub ayam
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
Bahan bertanda * dicincang halus
Cara-cara memasaknya:
- Potongkan bulat tofu telur (anggaran 1/2 inci) dan goreng hingga keperangan. Ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng tofu tadi, kurangkan minyak hanya untuk menumis (tinggalkan anggaran 2 sudu besar) sahaja.
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing dan naik baunya.
- Masukkan air yang dicampur dengan tepung jagung, sos tiram dan kiub ayam. (Tepung jagung mesti dibancuh dengan air sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk mengelakkannya bergentel)
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan