Teringat zaman kanak-kanak dulu. Mak Cik Mun selalu masakkan kami sekeluarga kulat sisri yang dikutip dari batang pokok getah yang tumbang ataupun yang sengaja ditebang. Kami akan kutipnya dan jemur untuk bekalan bagi menjamin tak akan terputus bekalan kulat sisir ni. Kulat yang Cik Mun masak ni dibeli dari Pasar Lenggong, Perak. Agak mahal mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkannya sekarang ni. Yang Cik Mun tahu, kulat ni cerewet sikit kalau nak hidup. Resepi masakan dan bahan-bahannya seperti berikut:
Bahan-bahannya
- Secekak kulat sisir kering (Rendam seketika dan ramaskannya, buat 1-2 kali bagi membuang bau kayu)
- 1 biji kentang
- 1 cekak pucuk ubi
- 1 cawan santan
- 1 keping asam gelugur
- 2-3 biji cili padi (boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas)*
- 2 biji Bawang merah*
- 1 biji Bawang putih*
- 1 batang serai* (hiiris nipis-nipis)
- 1/2 sudu teh belacan*
- 8-10 ekor ikan bilis*
- 2 biji cili kering*
Cara memasaknya:
- Dalm satu bekas, masukkan bahan tumbuk, kulat sisir, ubi kentang dan pucuk ubi. Tunggu hingga empuk.
- Masukkan santan dan garam secukupnya. Kacau selalu dan gunakan api kecil hingga mendidih.
- Sedia dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal.
Close-up...Nyum nyum nyum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan