Terasa nak makan kek coklat tapi dah muak sangat sebab selalu buat. Ternampak ada pisang sebiji yang tertinggal. Tapi sikit sangat. Kalau dibiar dan nampak dek Iskandar dan Iman, mesti berebut-rebut budak tu. Benda yang satu memang akan bawak masalah kepada mereka. Dengki punya pasal. Cik Mun pun mula lah bereksperiman, nak buat kek pisang bercoklat lah. Rasanya boleh tahan. Rasa coklat yang muak, dineutralkan oleh rasa masam sikit oleh pisang tu. Lagi laju le Cik Mun makan. Mana tak nye badan tembun semacam. Nak buat macam mana kalau dah sedap dengan tekak. Resepi seperti dibawah kalau nak cuba....
4 sudu makan serbuk coklat
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Bahan B
2 sudu makan pisang (Pisang berangan/sebarang pisang dilenyek hancur)
2 sudu makan gula pasir halus
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan susu pekat
1 bii telur gred A
Cara-cara memasaknya
- Campur semua bahan A dan sebatikan. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang (Cik Mun gunakan garpu sahaja) bersama dengan gula dan garam.
- Setelah kembang, masukkan susu pekat.
- Campurkan kesemua bahan A dan bahan B dan tuang ke dalam aduan.
- Kukus selama 10 minit.
Masa mengukus adalah berbeza mengikut ketebalan adunan yang dituangkan. Cik Mun menggunakan bekas acuan bagi mengekalkan `paper cup' yang dikukus agar cantik bentuknya walaupun setelah dimasak. Nak kukus pulak Cik Mun gunakan pemanggang ajaib. Letak air sikit kat dalam tu, dah terus je dari pemanggang jadi pengukus. Ajaibs ebijik macam namanya. Untung beli....(bukan promo...) Tapi apa salanya jika untuk kebaikan semua. Sekadar berkongsi...
Kat bawah ni ada gambaran bagi nak isi
peper cup. Cukup setakat 3/4 bahagian sahaja. kalau lebih-lebih nanti
over mengembang pulak jadinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan