Sedapnya makan Puding Sejuk Oreo ni tatkala balik dari kerja, dengan rasa yang kelaparan dan kehausan. Cik Mun memang selalu prepare benda-benda cam gini dalam peti sejuk. Balik kerja, sementara nak masak, makan puding dulu. Hahaha.. terbalik kot. Orang makan puding lepas makan. Tak apa lah, ni perut Cik Mun. Jangan sakit sudah lah. kepada sesiapa yang nak mencuba resepi simple tapi sedap ni. Anak-anak pun cakap sedap macam aiskrim katanya. Kalau nak cuba, resepi seperti di bawah.
Bahan-bahannya:
2 camca besar serbuk coklat
1 camca besar susu pekat
1 camca besar gula putih
1/2 paket sebuk agar-agar (5.5 gram)
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
Cara memasaknya:
- Didihkan semua bahan hingga agar-agar sempurna larut.
- Rasa bahan masakan. Jika kurang, boleh adjust manisnya. (Cik Mun suka manis-manis buah sahaja)
- Tuangkan ke dalam bekas acuan, tunggu hingga suam.
- Taburkan biskut oreo yang diramas kasar.
- Setelah sejuk sedikit, masukkan ke dalam peti ais sebelum dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan