Rabu, 29 April 2015

Pengat Ubi Keledek Sama Sagoo

 Gambar pengat yang siap dimasak. Sagoonya tak nampak sebab cik Mun letak sikit sangat. Dh Tenggelam ke dalam kuahnya.


Berhari minggu di rumah tak sah kalau tak buat sesuatu untuk menghilangkan kebosanan. Kali ni `entry' pasal Pengat Ubi Kayu Bersagoo yang Cik Mun buat petang Ahad yang lalu..Permintaan daripada husband yang teringin nak makan katanya. Dapat la dua mangkuk. itu pun ambil masa nak habis.

Yang ada dalam gambar ni pun sebab Cik Mun bawak bekal ke pejabat. Habis jugak le. Lagi pun, antara lain pengat ni lambat habis ialah sebab banyak lagi makanan yang lain pada Hari Ahad tu. Biasa la, yang masak tu masak, yang beli pun beli jugak. Dah tak tahu yang mana satu nak makan. Kalau sesapa yang nak try buat, resepi dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni.

Bahan-bahannya:

1  biji / (250 gm) ubi keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
1 sudu gula merah
1 sudu biji sagu, direndam sekejap
150ml santan (pati)
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

aun pandan

 

Cara-caranya

  1. Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
  2. Masukkan pula biji sagu, gulamerah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  3. Bila telah mendidih dan gula merah telah larut, masukkan santan serta daun pandan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit dan padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang. 

Saiz hidangan : 2 orang makan.
Cik Mun suka makan lepas sejuk-sejuk lepas bawak keluar dari peti ais. Macam puding pun ada. Hohhoho...

Isnin, 27 April 2015

Pizza Pau Mini Rendang Banyak Cheese


 Gambar 1 : Pizza mini siap dimasak.
 Gambar 2 : Pizza yang siap di letak filling/inti.


Dalam kesibukan hari minggu menyediakan juadah wajib (pada takrifan Cik Mun ialah juada pada makan tengah hari dan malam- sebab waktu yang lain ada yang beli je...) pada hujung minggu, kena lah jugak melayan tekak anak-anak yang nak beropmputeh, makan cheese berbagai ni.

Dah lama tak buat pizza, makannya terasa-rasa je tekak ni nak makan.  Bila buat sendiri, segala benda mak nenek filling./inti yang sedap tu taruk kasi banyak-banyak atas pizza tu. Tak cukup lagi? Kasi cincah dalam lain piring pulak. Puas hati... biar badan naik bagai dipam pam....


 Gambar 3 : Pizza dan cheese sebanyak-banyak-banyaknye..........
muhahaha....
Kalau nak jadikan Pizza ni satu realiti untuk kunyahan, meh buat sendiri. Kalau tak nak buat, boleh beli je.. hahaha

Resepi dan bahan-bahan seeprti di bawah.Checkidaout


Bahan-bahannya membuat doh:

250 gm tepung gandum
2 biji kentng saiz sederhana besar.
1 sudu makan margerin
1 sudu makan gula putih*
1 sudu teh garam*
1 sudu makan yis/mauripan*
40 ml air suam*

 Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dan dibiarkan anggaran 4-8 minit hingga kembang.
Bahan-bahan filling:
  1. Rendang ayam (boleh rujuk entry Cik Mun yang ni...http://cikmooon.blogspot.com/2013/09/rendang-ayam-ala-ala-satay.html @ apa-apa je filling yang disukai tekak korang... 
  2. Sosej pun boleh campak jugak
  3. Nak pedas boleh kasi tambah sos cili lagi...
  4. Apa-apa je lagi yang korang suka pun boleh humban..
Cara-cara memasakknya:
  1. Kentang yang dikupas kulitnya direbus hingga empuk dengan secubit garam dan dilenyekkan. Ketepikan.
  2. Semua bahan doh dicampurkan bersama dengan bahan yang dibancuh dan diuli hingga tidak melekit. Jika air susu tidak mencukupi, masukkan air biasa yang agak suam-suam kuku tu.
  3. Rehatkan 45 minit-1 jam hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap untuk elakkan bahagian atasnya kering).
  4. Setelah naik 2 kali ganda (anggaran masa 30-45 minit) kukus dalam periuk pengukus hingga masak. Anggaran mengukus masa 40 minit/bergantung kepada ketebalan/sebesar mana bentuk pizza pau yang dibuat.
  5. Setelah masak, sejukkan sedikit dahulu sebelum pizza pau ini dipotong secara datar pada bahagian tengahnya. 
  6. Sapukan mayonise, letakkan inti rendang/apa-apa saja inti yang disukai.
  7. Sudahi dengan taburan cheese yang banyak dan taburan serbuk oregano di atasnya.
  8. Kukus sekali lagi hingga cheese cair.
  9. Angkat dan hidangkan bersama air kopi/bekarbonat. Sure rasa macam makan kat pizza restoren je...

Sabtu, 25 April 2015

Picorino dan Kesannya...

Gambar 1 : Tarian Si Picorino masa mula-mula cerita.
 
Ada tak anak-anak kita yang tengok cerita ni. Siarannya di Astro Ceria Channel 611 "Untuk Kita Aje"... yang bersiaran pukul 8.00 malam hingga 8.30 mlaam setiap Isnin hingga Jumaat. Bahaya sikit kartun ni kalau tengok untuk akidah anak-anak. (Pada pendapat Cik Mun la...) Sebabnya, Kalau anak-anak tengok tanpa bimbingan ibu-bapa, mesti anak-anak akan ingat pari-pari tu wujud.

Ada la suatu hari tu, Si Iskandar, Anak sulung Cik Mun yang berumur 6 tahun tu, siap tanya lagi sebelum tidur. "Cik Pari-pari tu bila nak datang lawat abang untuk buat magic ke  ibu?" Jenuh Cik Mun nak terangkan yang kita ni Orang Islam, mana ada pari-pari. Tapi kita kena percayakan bukan pari-pari yang jaga kita. Tapi Allah s.w.t dan malaikat yang jaga. Di bahu kanan dan kiri, ada Malaikat Roqib dan Malaikat Atib yang menjaga dan mencatat. Ada juga malaikat-malaikat lain yang ditugaskan untuk tugas-tugas yang masing-masing.

Ha... kesimpulannya, jangan biarkan anak-anak kita tengok cerita kartun sangat sampaikan kita tak sedar benda halus apa yang cuba nak disampaikan/ditanamkan dalam diri rohani anak-anak oleh musuh-musuh islam zaman sekarang ni. Hinggakan kepercayaan pada 6 perkara (Rukun Iman) kita dengan mudah digantikan dengan kepercayaan yang lain.

Diharapkan dengan entry kali ni jangan disalahanggap sebagai promo `jangan tengok ceria pikorino/Astro Ceria' pulak. Ini sekadar luahan pendapat kaum ibu macam Cik Mun. Sesungguhnya, pendapat dan perkataan yang baik tu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk tu lahir dari diri Cik Mun sendiri.. Wallahualam...

Gambar 2: Sekian, terima kasih kerana sudi membaca...


# Ada banyak lagi cerita kanak-kanak di dalam TV yang boleh mendorong kepada pemikiran kanak-kanak yang tidak sejajar dengan ajaran agama. Kita sebagai ibu bapa harus mengambil tahu dan menjelaskan setiap perkara yang berselisih tersebut. Sesungguhnya, anak yang dianugerahkan Allah s.w.t bukan sekadar untuk dibela, tetapi juga untuk dididik.

Khamis, 23 April 2015

Capati 3 Kuah

 Gambar 1 : Capati 3 keping 3 kuah. Kuah lebihan sardin, 
kuah lebihan kari daging dan lebihan sambal ikan bilis terung belalang `pop'


Gambar 2 : Dapat makan ni tak makan nasi pun dah okey
 
 
Salam Khamis... Cik Mun buat menu ni masa petang di hujung minggu Sabtu yang lalu. Tapi baru sekarang ni nak masukkan `entry' kat dalam blog ni. Al-kisah nak buat menu ni, merata-rata cari Tepung Attar kat kawasan pekan kecil tempat Cik Mun kerja (Pekan Lenggong). Tak jumpa sebab kedai runcit yang selalu Cik Mun beli tepung ni tutup. Sudahnya bila pergi `shopping' pagi Sabtu di Gerik, baru jumpa. Itu pun bila gigih mencari Tepung Attar ni sampai sanggup singgah 2-3 kedai. Dalam pada tu, baru Cik Mun tahu, rupanya tepung ni tak femes sangat. Kerana ada juga pekedai runcit yang tak tahu Tepung Attar tu macam mana dan apa fungsinya dalam masakan.

Terasa cam bijak le sikit sebab Cik Mun tahu. (kelakar perasan dirinya...)...Kalau nak try buat menu ni, resepi bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...
 
 
Bahan-bahannya:
 
350gm cawan tepung atta
90ml cawan air suam*
1 sudu garam/secukup rasa*(*disatukan dan kacau dalam air suam hingga garam larut)
3 sudu besar camca mentega / atau minyak sapi cair boleh digunakan


Cara-cara Membuatnya: 
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, gaulkan dengan 3 sudu margerin hingga sebati. 
  2. Buat lubang ditengah-tengah tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  3. Tinggalkan/rehatkan doh lebih kurang 30minit. Tutup dengan towel bersih yang lembab supaya doh tidak kering di permukaan luarnya.
  4. Bahagikan doh pada 10 - 12 bahagian, bulat-bulatkan.
  5. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper-leperkan di atas tangan sebelum dicanai. Buat hingga siap baki bagi semua doh.
  6. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. 
  7. Letak sekeping capati dan masak (sebelum tu buang dulu saki baki tepung di doh yang telah di canai supaya tepung baki tidak hangit dan tinggalkan rasa hangit/pahit pada capati dengan cara lambung doh antara 2 tapak tangan). 
  8. Tekan permukaan capati dengan sudip/tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga sedikit perang/timbul gelembung. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh yang lain. 
  9. Letakkan capati yang telah dimasak di dalam bekas yang tertutup agar wap yang terhasil dapat melembutkan capati supaya bila sejuk tak keras. 
  10. Hidangkan bersama kuah yang digemari/saki baki kuah yang tak habis. Hehehe...
 
 
Saiz hidangan : 4 orang makan (dapat sorang 2 keping) muhahaha...

# Terima kasih pada mat gebu, Dapur Tanpa Sempadan sebab Cik Mun tiru resepi dia. Tapi ekjas ikut suka hati dan tekak. mohon izin ye CM... . Hohoho...

Selasa, 21 April 2015

Daging `Black Pepper' Sama Cendawan Butang

  Gambar 1 : Lauk daging yang `simple'
 
 
Dalam minggu ni asyik makan ikan je. Kat kantin tempat kerja, kat rumah pun masak ikan jugak. Apa kata sesekali tukar menu. Daging pulak. Cik Mun ni tak lah berapa reti sangat memasak. Kebanyakkan lauk pauk Cik Mun agak sama. Tapi tak apa lah. Sebab nak mengabadikan jugak di ruangan blog yang tak seberapa ni,. Cik Mun tempelkan jugak masakan Daging `Black Pepper' Sama Cendawan Butang. Mana lah tahu, kot-kot ada `reader'  blog yang tercari-cari nakm asak apa hari ni, ada lah ideanya kot kalau nak `try'.
Resepi dan bahan-bahannya simple, seperti di bawah ni. Cubalah masak!
 
 
Gambar 2 : Menu ni `best' kalau `ngam'kan sekali dengan 
ayam goreng masa makan nasi.
 
 
Bahan Mentah:

250gm daging 
200gm cendawan butang 
1 biji lada benggala (cili botol)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (diketuk)

Bahan Sos
2  sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung

2  sudu teh lada hitam
2 sudu besar  minyak bijan/ `sesamee oil' (optional)'
Perasa  (optional)'
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara-cara memasaknya:
  1. Dengan menngunakan minyak masak biasa (anggaran 3 sudu besar), tumiskan bawang putih yang diketuk dan halia, hingga bawang bewarna kekuningan/naik baunya.
  2. Masukkan semua bahan sos dengan tepung  jagung hendaklah dibancuh dengan sedikit air biasa (air paip) sebagai kuah. 
  3. Setelah itu, masukkan daging, cendawan butang dan tunggu hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili benggala (cili botol), lada hitam, minyak bijan, perasa dan garam secukupnya.
  5.  Angkat dan hidangkan bersama ayam goreng dan dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.


Tips: 
  1. Cik Mun masak sekejap sahaja dengan anggaran 15 minit. Daging yang yang Cik Mun beli adalah daging lembu batang pinang, tiada lemak/urat. Cik Mun potong arah bertentangan dengan arah urat dan ini menyebabkan daging cepat masak.
  2. Kalau nak cepat lagi masa, gunakan periuk vision ataupun kuali/periuk tekanan dan tudung masakan semasa memasaknya. Tapi Cik Mun tak tudung pun daging dah lembut sebab guna periuk vision.
  3. Kalau takde periuk yang berbagai cam Cik Mun tu, guna periuk/kuali biasa pun masak jugak. Sedap pun jugak...hahaha...

Ahad, 19 April 2015

Asam Pedas Ikan Temenung Sardin

 Gambar 1 : Asam Pedas Ikan Temenung Sardin 
kegemaran suamiku...


Dua tiga minggu ni rasa nak makan benda yang `simple-simple' je. Kalau masak pun nak yang `simple simple' jugak. ha, memang kena la dengan masakan Asam Pedas Ikan Temenung Sardin ni. Dah ada ikan sebagai sumber proteinnya dan sayur bendi. Lengkap. Tak payah nak masak sampai 2 tiga lauk. Tapi.. kena stanby juga untuk anak-anak karang, goreng telur/ayam je la..sebab mereka kurang makan ikan.   

Tak yah celoteh panjang-panjang, kalaun ak tahu resepi dan bahan-bahan seperti di bawah ni.


Bahan-bahannya:
 

4 ekor ikan temenung sardin
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batan serai (dititik)
1 genggam ikan bilis

4 sudu makan cili kisar
8 biji bendi
1 biji buah tomato (belah 4)
Garam secukup rasa 

1/2 sudu makan gula
Perasa (optional)
Air secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus
 

1 camca teh lada hitam
1 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang merah
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan




Cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 sudu makan). Tumis serai dan bahan-bahan tumbuk hingga garing/harum baunya. 
  2. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata lagi.
  3. Tuang air secukupnya (sebanyak mana kuah dikehendaki), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan dan bendi. Tunggu hingga agak empuk dan masukkan ikan temenung sardin.
  4. Masukkan garam dan perasa hingga cukup rasa. Masukkan juga sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan keropok goreng.

Saiz hidangan : 4 orang makan.

Khamis, 16 April 2015

Peria Masak Sweet Sour Sama Udang

Gambar : Peria Masak `Sweet Sour' Sama Udang


Rasa nak makan peria pulak kebelakangan ni. Kalau makan yang dibuat kat kantin tu, selalunya makcik kantin akan buat goreng peria sama telur. Agak bosan sikit sebab Cik Mun sukakan peria yang dicampurkan dengan udang. Tapi kalau nak yang macam-macam tu, baik buat sendiri kan... Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...

 
Bahan-bahannya;

1 biji (300gm) peria ( di rendam dlm air garam 1/2 jam sebelum masak, toskan )  
250 gm udang  (buang ekor dan kepalanya)
Garam, asam keping @ Air asam jawa (secukup rasa)
Gula merah 1/2 sudu makan & gula putih 1 sudu makan
Perasa (jika perlu)

 

Bahan Kisar;

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah, 
1 biji bawang besar
+/- 10-15 tangkai cili kering 

1 sudu teh belacan

Cara-cara Memasaknya:
  1. Tumiskan semua bahan kisar hingga garing/naik baunya dan pecah minyak
  2. Kemudian masukkan peria, garam, asam keping, gula merah, gula putih dan perasa secukupnya. Jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria separuh empuk. 
  3. Masukkan udang dan tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak.
  4. Angkat dan siap dinikmati dengan telur goreng dadar. Selamat mencuba...

Saiz hidangan : 4 orang makan. 


Selasa, 14 April 2015

Nasi Goreng Ikan Masin Pop

Gambar 1 : Set `breakfast' ku di ofis...nasi goreng ikan masin `pop' dan kopi 3 indocafe `3 in 1'


Pelik tak nama masakan Cik Mun entry kali ni? Saja je nak kasi haru biru blog ni. Ha hahaha...
Al kisah Cik Mun buat nasi goreng ni dari masakan yang lebih-lebihan masak masa makan malam . Yang nama masakan ada `pop' kat belakang tu sebab bila makan nasi goreng ni bila terkunyak terung belalang, ada sensasi bunyi `pop' bila terung tu pecah. 

Cik Mun masak ni watu pagi sebelum pergi kerja. Bangun pagi pukul 6 pagi masa nak kemaskan dapur sikit-sikit tu, tengok dalam kuali ada kuah bekas ikan masak kicap, ada lagi balance ikan masin (isi) sama terung belalang dan nasi semalam pun ada lagi. So, mula la Cik Mun pun mula lah menggodek apa yang patut. 

Kalau korang semua nak dapat berkat, jangan buang lebihan makanan tu, `recycle' balik masak apa yang patut. Kadang-kadang Cik Mun kalau ada lebihan kari mesti akan simpan kuahnya, buat cincah lempeng ke, cincah roti canai beli kat kedai ke...(sebab kuah kedai tak sedap).


Gambar 2 : Lengkap dengan sayur, protein dan penyedap rasa (ikan masin dan pedasnya...)


Dalam menu ni, Cik Mun pecahkan (Nak resepi jugak ke masakan ntah apa-apa ni?) je telur dalam kuah ikan masak kicap (ikan tu `sure' le dah habis kena makan) tunggu hingga telur separuh masak dan kuah tu kering sikit, kacau agar telur tu pecah-pecah. Lepas tu masukkan nasi sejuk semalam yang tak habis tu dan akhir sekali masukkan ikan masin goreng (yang dalammnya ada terung belalang, bawang besar, cili besar dan perahan asam jawa), godek-godek je sampai sebati semuanya. Angkat dan masukkan dalam bekal, bawak ke pejabat. Jimat RM6 lebih kurang, untuk sarapan pagi...Garam jangan taruk sebab semuanya dah ada rasa...

Ha.. kepada sesiapa yang nak buat Cik Mun mintak kasi `feedback' sikit pada `post' ni. Sebabnya masa tulis `enty' ni, terfikir. Ada ke orang yang tak suka membazir dan pernah buat macam yang Cik Mun buat sekarang ni. 

Isnin, 6 April 2015

Cosway : R-Series...

Gambar : R-Series...

Losyen yang paling best dalam dunia dari segi wanginya pada Cik Mun.
Suka pakai pada waktu malam. Anak-anak suka je dok ngan Cik Mun. `Ibu wangi sangat' kata diaorang .
Sampai selimut pun jadi wangi kalau pakai losyen ni...
Berbaloi beli, harga cuma RM9.90 kalau ada promosi dari cosway.

Tapi malas nak pakai losyen ni masa gi kerja. 
Sebab member ofis dah pakai, karang bosan pulak bau sama...
ekekekek...

Ahad, 5 April 2015

Bunga Orkid Berbawang



Cik Mun memang suka bunga. Kalau ada Pasar Tani Hari Khamis  di Lenggong, mesti akan pergi juga, jamu-jamu mata tengok apa yang berkenan. Kalau tak beli pun, boleh puas hati sebab dapat tengok je...lepas tu, mana-mana yang berkenan, Cik Mun akan kumpul duit (lebihan belanja dapur) untuk beli barng-barang yang tak berapa penting ni...(Maklumlah...sejak ada GST ni, semua barang jadi mahal)



Gambar 1 :Bunga orkid yang diborong; 3 semuanya.

Cik Mun beli yang lain-lain warnanya, tapi dari ejnis yang sama (berbawang). Nanti dah membiak/ada anak tunas bawang yang baru, bolehlah biakkannya lagi. Suke.. suke.. suke....


Gambar 2 : Orkid warna putih jalur pink.

Buat masa ni, Cik Mun dan ada 2 jenis orkid. Yang jenis memanjat (takde gambar dalam ni pon tapi ada kat rumah), dan yang berbawang ni...


Gambar 3 : Orkid warna putih.

Buat masa ni, simpan je lah dulu kat ofis...boleh tengok bunga sepuas-puasnya 
bila time bosan xde keje...


Gambar 3 : Orkid warna ungu.

Sabtu, 4 April 2015

Bekal ke Pejabat

Gambar 1 : Nasi letak terus dengan ikan goreng...
Bekal ni pula Cik Mun yang punya...

Hari ni ter-rajin sikit nak `update blog'. Nak cerita pasa bekal yang dimasak untuk bekal bawa ke pejabat. Cik Mun masak yang `simple-simple' je. bekalnya terdiri dari nasi (sudah tentunya), ikan goreng kunyit dan masak lemak kuning pedas udang sama  kacang panjang dan carot.

Dah siap masak, letak makanan dalam bekas, letak dalam beg dan masukkan terus ke raga motor suami. Kalau dah siap bungkus, tapi tak letak dalam raga mesti suami akan lupa punya. Walupun dah pesan sebelum Cik Mun keluar pergi kerja tu...

Dengan bawak bekal ke pejabat ni, dapat menjimatkan masa dan wang tentunya. Tak la malu sangat dekat bos kalau nak ambil anak pukul 12 (sekolah tadika) sebab dan `save' masa, makan tengah hari makan bekal kat opis je...(Sebab Cik Mun selalu makan kul 11.30 pagi - `time' waktu kerja). Waktu pukul 1-2 pula Cik Mun akan gunakan untuk sembahyang dan tidur kejap.

Gambar 2 : Masak lemak kuning carot dan kacang panjang sama udang.


Kalau nak tahu cara memasaknya lauk udang masak lemak kuning sama udang tu, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ni...Tapi resepi ikan goreng kunyit tu tak payah la kot. Sebab rasanya mungkin semua orang tahu...



Bahan-bahannya:

2 segenggam udang (dubang ekor dan kepalanya)
caret (potong memanjang)
kacang panjang 
1 batang serai (dititik) 
160ml pati santan
2 sudu teh serbuk kunyit 
2 labu bawang merah kecil *
1 ulas bawang putih *
2 biji cili padi*
1 biji cili kering*
garam
perasa (optional)
1 keping asam gelugur

Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat.



Cara-cara memasak:

  1. Di dalam satu periuk, kacang dan caret diletakkan bersama dengan santan, air, bahan tumbuk, asam gelugur dan serai.
  2. Tunggu hingga mendidih/kacang dan caret empuk (Cik Mun suka separuh empuk je), masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  3. Akhir sekali, masukkan udang. Tunggu hingga udang kemerahan menandakannya masak. (Jangan lama sangat nanti udang keras)
  4. Angkat dan hidangkan dengan ikan goreng macam gambar tu... 
* Tips:     Selalu kacau masakan ini agar santannya tidak berketul-ketul/pecah minyak Gnakan api yang perlahan sahaja. Tutup sebaik sahaja mendidih.

Jumaat, 3 April 2015

Kerepek Ubi Pedas `Sweet-sweet Sour'

 Gambar 1 : Kalau Cik Mun makan sorang pun tak cukup.

Bahan-bahannya

1 biji ubi kayu besar (+/-1 kg)
15-20 biji cili kering*
2 biji bawang besar*
3 biji bawang kecil*
6 sudu gula
1 sudu gula merah
garam secukupnya
1 keping asam keping

Semua bahan bertanda * hendaklah diblender hingga hancur.


Cara-cara Memasaknya:
  1. Kupaskan ubi kayu, basuh dan toskan hingga kering airnya.
  2. Gunakan penyagat, sagat nipis ubi kayu. 
  3. Gorengkan hingga rangup/kekuningan ubi kayu tersebut. Angkat dan ketepikan.

 Gambar 1 : Bahan basahnya: ubi kayu


Gambar 2 : ubi kayu siap dikupas



Gambar 4 : Jangan letak terlalu banyak hirisan ubi. Kasi ngam ngam je...      
                                            
          
Gambar 5 : Ubi goreng pon sodap!     

 Gambar 3:  Kasi kuah salut pedas `sweet sweet sour'!

  1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis semua bahan blender hingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping, gula, garam dan gula merah. Kacau selalu bagi mengelakkanya hangit di dasar.
  3. Masukkan ubi yang telah digoreng dan sebatikan dengan kuah cili.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang makan.

Khamis, 2 April 2015

Ayah Mertuaku Diserang Angin Ahmar/Strok

Genap ini usia 41 hari bapa mertuaku terlantar di katil akibat serangan angin ahmar/strok yang ditanggungnya. Penderitaannya bermula pada waktu maghrib, tanggal 23 Februari 2015 ketika kaki tua itu melangkah kaki ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum solat maghrib.

Hari Pertama (23.02.2015)

Bapa mertuaku ditemui dalam keadaan terduduk, dengan air liur meleleh keluar, ada kesan muntahan di tepinya. Kakinya pula selepas itu menjadi lembik, lembik dan lembik. Tidak boleh berjalan disertai pula selepas itu dengan lumpuh separuh badan.

Seusai kejadian itu, kami anak beranak membawa ayah mertua ke klinik desa berhampiran. Yang ada cumalah `Medical Asistant' dan hasil pemeriksaan memutuskan ayah mertuaku tiada apa-apa dan dibenarkan pulang.

Kami masih risau tetapi menurut cakap `Medical Asistant' tersebut dengan membawa ayah mertuaku pulang. Malam yang dirasakan amat panjang kerana bimbangkan keadaan ayah mertuaku dengan keadaannya yang tidak boleh bercakap, lemah anggota badan seolah-olah lumpuh, air liur dan mengalir keluar. Dalam kebimbangan tersebut kami akhirnya terlelap juga entah pukul berapa.

Aku amat kesiankan keadaan abang iparku yang duduk serumah dengan ayah mertua. Dia sebagai abang sulung, perlu menghadapinya seorang diri kerana 2 lagi adik beradik lelaki yang lain masing-masing berada di Kuala Lumpur. Adik beradik lelaki tersebut ialah suamiku, yang melaporkan diri, mula bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Bukit Aman manakala abang iparku yang kedua, yang sememangnya menetap di Kuala Lumpur.


Rabu, 1 April 2015

Gambar 1 : Kerepek dalam bekas pink ni `special' untuk birasku...

Alhamdulillah..duduk kat kampung ni, ada peluang untuk berbakti pada tanah. Hasilnya dikongsi pula ramai-ramai dengan jirang tetangga. Kalau jiran pun ada hasil pada tanaman mereka yang sekangkang kera tu, maka akan di sedekahkan jugak kepada Cik Mun.

Gambar 2 : Kerepek yang dok dalam bonjot-bonjot plastik tu untuk simpan kat rumah. Senang, kalau tak habis makan boleh bawak terus pegi tempat kerja.

Dah banyak sangat pisang tanduk. Walupun sebiji je, tapi dan boleh dapat setengah batang kalau buat kerepek. Bagi kerepek yang sebanyak ni, Cik Mun hanya buat dengan menggunakan lebih kurang 10 biji pisang saja. Yang selebihnya Cik Mun bagi makan arnab dan sedekahkan pada jiran tetangga...

Gambar 3 : Goreng sampai garing betul-betul tau!

 Gambar 4 : Pisang yang dah dikupas, dibasuh dan ditoskan airnya.

Gambar 5 : Air menambah perisa...

Rasanya semua orang ahu nak baut kerepek macam mana. Tapi Cik Mun nak kongsikan juga kat blog ni sebab Cik Mun suka tengok bila tension-tensioan buat kerja. Jadi juga la pengubat stress, dan kepada yang tak suka tu tak pe... syoh! syoh! pergi main jejauh. Tak pun pergi google benda lain yang korang suka okey!


Bahan-bahannya;

Pisang tanduk 10 biji
1 sudu makan garam*
1/2 sudu makan serbuk Kunyit*
1 sudu gula*
2 sudu teh gara*
Perasa (optional)*

Bancuh semua bahan bertanda * dengan air suam 120ml hingga larut.


Cara-cara Memasaknya:

  1. Pisang tanduk dikupas kullitnya, dibasuh dan ditoskan airnya.
  2. Kuali dengan minyak didalammnya dipanasklan. Pisang disangat/dihiris ke dalam kuali terus ke dalam minyak panas. (Kalau sagat siap-siap baru nak masukkan nanti pisang melekat dan tak cantik).
  3. Masukkan bancuhan menambah perisa satu sudu makan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng hingga rangup.
  5. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan : Bangyak! banyak! Banyak orang makan! hehehe.. jangan mare...