Ahad, 22 Februari 2015

Biskut Semperit Simple Sedap

Bekalan siap untuk ke tempat kerja. 12 biji...? cukup la tu. karang kalau makan banyak-banyak kalori pulak....nanti gemok...

Menjelang Hari Raya Cina ni... teringin pulak Cik Mun nak buat biskut raya. Masa Raya Puasa tahun lepas, memang biskut semperit ni salah satu daripada list biskut yang Cik Mun nak buat. Tapi memandangkan banyak sangat biskut raya yang ada (sebab ada juga yang beli selain dari buat sendiri), makanya, tak buat le biskut ni.

Ini untuk dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan.

Untuk mencuba pelbagai kelain dan membuat eksperimen juga, Cik Mun membakar biskut ni menggunakan 2 versi. Ada adunan biskut yang dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan dan ada juga yang dibakar menggunakan oven. Hasilnya berbeza -beza.

Dulang ini untuk dibakar menggunakan avon kecil Cik Mun tu...
 Yang Cik Mun bakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan tu bawahnya masak ok, tapi yang dalam dan atasnya kurang  masak/masih basah. Kecewa betul Cik Mun.

Siap diangkat dari dulangyang paans, serapkan dulu biskut dengan tisu dapur..

Sudahnya, yang dibakar menggunakan oven jugalah yang masak menjadi kesemuanya, Alhamdulillah, selamat adunan seterusnya daripada tak menjadi biskut yang diidamkan.

Gambar ni sebagai buti, memang Cik Mun buat sendiri biskut ni... ha ha ha...

Kalau ada sesiapa yang nak cuba buat biskut Semperit Cik Mun ni, bahan-bahan dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 biji butter
1 cawan gula (blender hingga halus dahulu)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
3 titik pewarna kuning (kod `yellow egg')
2 biji kuning telur (gred c)
Pewangi (Cik Mun guna pewangi pisang sebab vanila dah abis)

Hiasan : Buah ceri yang dipotong kecil-kecil.

Cara-cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula dan telur. Pukul dengan `mixer; hingga adunan kembang. (lebih kurang 5-10 minit)
  2. Masukkan tepung kastad dan tepung gandum secara berselang seli.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bentukkan hingga menjadi seperti bunga dahlia/semperit.
  4. Letakkan hiasan biskut dengan menggunakan buah ceri.
  5. Bakar menggunakan avon dengan suhu 170 darjah celcius selama 8-10 minit. (bergantung kepada jenis oven)
  6. Angkat dan sejatkan di atas tisu dapur sebelum disimpan/dihidangkan.

Saiz hidangan : 85-95 biji. (bergantung kepada saiz biskut yang dibentuk)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan