Jumaat, 6 Februari 2015

Masak Lemak Kuning Udang Sama Betik Tua




Pernah makan betik masak pelbagai sikit tak? Ada sesetengah orang yang bukan berasal dari kampung mungkin tak tahu betik tua ni boleh buat macam-macam. Kalau Cik Mun, berasal dari Daerah Hulu Perak memang dari kecil dah diajar mak dan ayah untuk makan bahan-bahan yang ada di sekeliling rumah/kampung je. Sebut je pucuk yang pelik2, masakan yang pelik pun, Insya Allah ada pengalaman memakannya.

Malas nak membebel panjang-panjang...(malas nak menaip), meh `zoom in' resepi dan cara memasak seperti di bawah ni ye...


Bahan-bahan

300 gm udang
2 sudu teh serbuk kunyit
4 jurai biji betik (potong kiub)
400ml pati santan
1 batang serai (dititik)
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
1/2 sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 hiris asam keping
perasa (optional)

Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus.



Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda *, asam keping  dan betik. Tunggu hingga betik  empuk. 
  2. Masukkan udang dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang. 

*Udang jangan dimasak terlalu lama, cukup sekadar merah kulitnya. Jika terlalu ama, isi udang akan terlebih masak dan jadi keras...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan