Ayam panggang simple dan sedap
Balik dari tempat kerja selalunya Cik Mun akan sampai lebih kurang pukul 6.00 petang. Kalau malas dan dalam masa yang sama nak melayan tekak anak, cam gini je lah Cik Mun masak. `Ekspresss' je.
Kasi terliur sama kengkorang yang baca...
Mula-mula Cik Mun keluarkan ayam dari peti sejuk, `defrostkan dengan air mengalir, dah lembut sikit baru perapkan terus dalam Pemanggang ajaib Ikan. Sambil perap tu, Cik Mun akan mandi dan sembahyang. Anak-anak, Husband yang jaga diaorang main kat taman.
Sambal kicap yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Lepas tu, panggang je agak-agak 10-15 minit. Cik Mun tinggal je atas dapur tu, pergi siram pokok bunga. Cuma leceh sikit kena buat sambal kicap je. Tapi kalau makan gitu je pun ayam ni dah sedap jugakkkkkkk....
Untuk resepi yang simple, sedap dan cepat ni seperti di bawah:
AYAM PANGGANG SIMPLE SEDAP BERCINCAH
Bahan-bahan:
1/4 paha ayam (+/- 270gm)
Bawang besar (potong bulat)
Serbuk perasa `Cukup Rasa Maggie' (optional-tak nak letak pun ok)
1 sudu teh garam (jangan banyak kerana sos tiram dah masin, dan nak cincah kicap lagi...)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh lada putih
1 sudu makan sos tiram
1/4 inci halia (potong nipis je)
Cili besar (potong serong)
* Tak perlu gunakan minyak sebab minyak dari ayam akan keluar dengan sendiri kerana tekanan dari Pemanggang Ajaib Ikan tu. Ayam pun tak akan melekat sebab memang anti lekat pemanggang Ajaib ni ada lapisan anti lekat. Memang saian ni menyihatkan...
Cara memasaknya:
- Perapkan semua bahan dengan ayam kira-kira 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap ayam pangang kita nanti.
- Bakar ayam dengan menngunakan Pemanggang Ajaib Ikan (10-15 minit-api sederhana) / bakar guna api kayu (20-30 minit) pun boleh.
- Angkat dan hidangkan bersama dengan sambal kicap.
SAMBAL KICAP
Bahan:
1 auns / 30ml kicap lemak manis
1 sudu jus limau nipis
5-6 biji Cili api (potongkan)
Bawang kecil (potong bulat)
* Campurkan semua bahan di atas. Tak perlu masak di atas api. Sedia dihidangkan bersama dengan Ayam Panggang Simple Sedap Bercincah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan